Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

71 - BIG BAD WOLF

Bismillahirahmanirrahim           Assalamualaikum   Hujung minggu lalu kami suami isteri ke MITC, cuci mata ke pameran perabot lantas ke pameran buku - Big Bad Wolf. Tidak bawa Imaan ke sana. Entah sekarang nak bawa anak ke tempat orang ramai agak fobia. Nasib Imaan memilih taman permainan bersama-sama sepupu-sepupunya daripada mengikut ummi dan ayah. Ramai.. Banyak buku tapi tidak seramai sebanyak sehebat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur - PBAKL 2014 yang berlangsung secara serentak. PBAKL jauh lebih gah. Pilihan yang rambang mata. Booth yang lebih tersusun. BBW - so and so . Tak tahu apa yang dicari. Tiada penulis digemari, susah nak jumpa apa yang dikehendaki. Cuma sempat beli beberapa buku. Boleh la dengan harga RM71.00. Boleh claim rebate untuk cukai 2014, insyAllah. Nak ke PWTC, lagi tak sanggup meredah manusia yang pasti ramai. Tak sanggup bawa anak lagi tak sanggup tinggalkan anak. Takpelah bukan rezeki.  Oh ye bercakap tentang buku, saya sedan

70 - INAS - INSAN YANG TERPILIH

Bismillahirahmanirrahim           Assalamualaikum Dalam hidup ini kita boleh buat banyak pilihan. Kita akan memilih apa yang terbaik apa yang akan menjadikan hidup kita lebih ceria dan gembira. Pilihan di tangan kita.  Tapi kita tiada punya hak secara total untuk membuat pilihan. Kita ini hanya manusia biasa. Kita bukan Tuhan. Hanya Allah berkuasa secara keseluruhannya. Dia Pemilih yang sebenar. Dia pilih saya, salah seorang ibu yang ada di muka bumi ini untuk menerima hakikat anak ini benar-benar satu pinjaman. Kita semua tahu hakikat itu, tapi tidak semua antara kita akan sedar hakikat ini bukan mudah untuk diterima seikhlas hati walaupun sebenarnya siapa kita untuk kata tidak. Siapa kita untuk menafikan kuasa Dia. Dia Yang Esa. Bila Dia kata 'Kun Fa Ya Kun'. Sukar mana kita wajib terima. Saya sendiri jika diberi pilihan tidak mahu terima tetapi apa saya mampu buat, saya sedang belajar terima hakikat, ini bukan hak saya untuk memilih. Sehingga hari ini,

69 - INAS - HANYA UNTUK SEPULUH BULAN

Bismillahirahmanirrahim           Assalamualaikum Saya pernah cerita sedikit di sini. Saya jenis sakit lama ketika mahu melahirkan anak-anak. Jika Imaan 12 jam sakit, Inas hanya 8 jam lebih. Dan jahitan untuk kedua-dua anak memang banyak. Alhamdulillah kedua-duanya lahir secara normal. 27052013 - hari pertama Kesan jahitan ketika melahirkan Inas, sakitnya sehingga hampir 4 bulan disebabkan jahitan yang tidak cantik seperti kata Dr Shila. Inas, menjaganya dalam pantang tidak sesukar mana. Dia seperti bayi lain. Jika dibandingkan dengan Imaan, Imaan dalam pantang susah tidur, kuat menangis, tidak kuat semangat. Inas sebulan Inas cepat meniarap. 3 bulan lebih telah meniarap. Hari pertama berjaya meniarap Inas jarang mengeluarkan suara ketika diagah. Dia cuma tersenyum. Hanya Imaan yang boleh menggelikan hati adik sehingga mengeluarkan suara. Sepanjang hayatnya lebih 10 bulan, Inas hanya demam 2 kali. Ketika berusia 7 bu

68 - KITA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Saya suka merancang. Tapi saya bukan a perfect planner. Saya ingat bulan lepas ada beberapa benda saya telah rancang. Saya merancang untuk membeli a few items - lebih kepada barangan rumah untuk keselesaan. Saya mahu beli itu dan ini. Saya juga telah merancang masa saya. Ini berikutan complaint saya d i sini. Maka saya telah merancang untuk menyediakan satu senarai keperluan memasak saya untuk memudahkan saya mengatur masa. Ya, saya telah sediakan satu senarai menu sepanjang minggu untuk sarapan dan makan malam untuk saya, suami dan anak-anak.  Saya fikir dengan itu, saya boleh menjimatkan masa, dan memberi ruang untuk saya bersantai dengan anak-anak. Saya google resepi anak. Saya semak buku resepi. Saya tulis dan tampal menu di dinding dapur saya. Saya buat ini pada satu hujung minggu. 3 hari sebelum arwah anak saya kembali ke Rahmatullah. Itu perancangan saya. Tapi siapa sangka, dalam masa saya sudah merancang, saya tidak tahu

67 - INAS - UJIAN EMOSI YANG BUKAN SEDIKIT

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Ya Allah, ketika aku mahu menyalahkan takdir kenapa aku yang terpilih untuk ujian berat ini, aku salah kerana Engkau Maha Arif. Engkau lebih mengetahui kenapa aku yang Kau pilih untuk terima dugaan ini. Ya Allah, ketika aku meratap sedih kehilangan anak yang sangat aku cintai, aku salah kerana Engkau Maha Mendengar. Mungkin aku lupa kasih sayangMu melangkau jangkauan aku. Kau uji diri ini supaya aku kembali merintih dan mengadu kepadaMU. Ya Allah, ketika aku berasa terhukum akibat kehilangan anak, aku lupa Engkau Maha Adil. Aku lupa bahawa Kau tidak akan menduga hambaMu yang lemah. Ya Allah, ketika jiwa aku sunyi sepi mengenangkan anak yang pergi, aku lupa Engkau Maha Pengasih dan Penyayang. Telah Kau janjikan syurga untuk puteri kecilku. Setidak-tidaknya sewaktu dia kembali padaMU, Kau beri aku peluang untuk memandikan dan mengkafankan untuk kali terakhir. Tidak semua insan diberi peluang sepertiku. Ya Allah, ketika aku lemah dengan uji

66 - INAS - CINTA HATI UMMI

Inas Mengandungkanmu bukan perkara susah Tiada rasa gelisah, tiada mahu muntah Melahirkanmu sedikit payah Tatkala melihatmu hilang segala gundah Inas Kamu anak yang mudah dijaga Senyumanmu menghilangkan rasa duka Keletahmu menggamit ketawa kita sekeluarga Inas Kamu anugerah terindah Walaupun terlalu singkat waktu yang dipinjamkan Kamu sentiasa di dalam jiwa hati dan nurani Pemergianmu amat ditangisi  Rindu kepadamu sentiasa menggunung tinggi Inas Rahsia Tuhan tiada siapa mampu meneka Takdir kehilanganmu tidak pernah diduga Ummi wajib redha Kerana janji Tuhan untuk bertemu di Syurga Inas Setiap susu yang mengalir telah lama ummi halalkan Berbahagialah di sana, dalam dakapan rahmat Tuhan Inas Kamu sentiasa di hati ummi Cinta ummi kepadamu tidak berbelah bahagi Jika ini suratan Illahi Ummi rela melepaskan kamu pergi Wahai Inas Sarah Affendi

65 - INAS - RINDUNYA UMMI..

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Adik.. rindunya ummi pada adik..  Dah beberapa hari ummi berhenti menangis.  Hari ini ummi asyik teringatkan adik..  Menitis lagi airmata ummi.. Ya Allah, tabahkanlah hati ini..

64 - INAS - TAMBAHAN MAKLUMAT MENGENAI MENINGITIS

Sumber artikel : UTUSAN Bahaya MENINGITIS kepada kanak-kanak SIKAP ibu bapa yang tidak memberikan perhatian serius sekiranya anak-anak mereka menangis mungkin akan memberi kesan jangka panjang kepada anak itu sendiri. Ini kerana kebanyakan ibu bapa mentafsirkan tangisan anak lebih-lebih lagi bayi adalah berpunca daripada rasa tidak selesa, ingin membuang air besar, demam biasa dan sebagainya. Tanpa mereka sedari, bahawa anak yang menangis terutamanya disertai dengan nada tinggi dan berlarutan mungkin disebabkan oleh penyakit meningitis yang dihidapi oleh anaknya. Menurut Pakar Perunding Kanak-kanak, Fakulti Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Zulkifli Ismail, meningitis adalah jangkitan kuman ke atas selaput otak dan ia merupakan satu keadaan kecemasan perubatan. Beliau berkata, terdapat dua kumpulan utama meningitis iaitu yang disebabkan jangkitan bakteria dan disebabkan jangkitan virus. ''Meningitis yang

63 - INAS - APA ITU MENINGITIS

Apakah itu meningitis? Meningitis ialah radang membran yang meliputi otak yang cenderung merebak dengan cepat. Terdapat banyak jenis meningitis. Dua yang utama ialah meningitis jenis virus dan bakteria. Meningitis virus adalah jenis yang sering dijumpai dan agak ringan (sesetengah pesakit tidak sedar pun bahawa mereka telah dijangkiti). Jenis jangkitan bakteria jarang berlaku namun, mengancam nyawa dan oleh itu, perlu dirawat segera. Meningitis bakteria juga datang dalam pelbagai bentuk (meningokokus dan pneumokokus adalah dua yang utama). Ia memang satu penyakit yang serius dan teruk, apatah lagi, apabila komplikasi juga berlaku dengan cepat, boleh menjadikannya lebih berbahaya. Bergantung kepada jenis, didapati bahawa meningitis bakteria mengakibatkan maut dalam 10 ke 20 peratus kes, dan boleh menyebabkan ketidakupayaan yang serius seperti pekak atau kerosakan otak, jadi rawatan segera adalah penting. Septisemia (keracunan darah) adalah komplikasi serius yang disebabkan ke