Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

113 - TERIMA KASIH ALLAH

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Terima kasih Allah. Terima kasih kerana masih pinjamkan nafas untuk kami terus menghirup oksigen bumiMU. Terima kasih Allah kerana masih memanjangkan jodoh kami suami isteri. (Selamat ulang tahun perkahwinan Encik Suami) Terima kasih Allah atas rezekiMU. Dengan ia kami berjaya menyelesaikan beberapa urusan dunia yang berhubung kait dengan urusan Akhirat. Terima kasih Allah kerana membuka mata kami menutup aib kami.  Terima kasih Allah memberi nikmat kesihatan kepada kami. Terima kasih Allah memilih kami untuk diuji. Biarpun sangat berat, kami yakin nikmat yang besar menanti 'di sana'. Tetapkanlah iman kami untuk meneruskan kehidupan di duniaMU yang fana ini. Wahai Allah Yang Maha Esa, jadikanlah aku hambaMU yang sentiasa tahu bersyukur dalam apa juga situasi yang telah Kau tetapkan. Wahai Allah Yang Maha Kaya, buka peluang untuk kami berkongsi rezeki dengan yang lain. Wahai Allah Yang Maha Mengeta

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40

111 - PERKONGIAN RASA HATI

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Hujung September 2014, saya menghadiri latihan selama 4 hari di makmal KKLW .  Kursus ini sepatutnya bermula pada 22092014.Tapi memandangkan silibus hari pertama telah kami pelajari semasa kursus 15 hari sebelum ini, saya telah mohon pengecualian bagi core trainer dari jabatan saya. Di sana, saya duduk bersebelahan dengan wakil dari KKR dan JKM. Semasa sesi latihan, saya berkenalan dan kami berkongsi cerita tentang kerja dan keluarga. Biasa la perempuan. Wanita dari KKR itu seorang ibu yang sedang hamil anak kembar. Melihat perutnya sahaja sesiapa boleh teka dia tidak membawa seorang bayi di dalam rahimnya. Subhanallah. Itu anak ke lima dan keenamnya. InsyaAllah seorang lelaki dan perempuan. Manisnya anugerah Allah. Beliau berkongsi cerita tentang anak-anaknya. Dari yang pertama sehingga kehamilan yang ini. Ketika saya memaklumkan saya ada dua anak tetapi yang kecil telah dijemput Allah pada April lalu, dia d