Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

138 - THE SHORE OCEANARIUM MELAKA

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum A few weeks ago , saje bawa kakak tembam pergi tengok ikan. Sebenarnya kami sekeluarga tak realised pun akan kewujudan tempat ni. Itu pun lepas kawan-kawan suggest bawa Imaan berjalan area bandar Melaka yang happening waktu malam. Masa kami pergi, takde la ramai sangat orang. Harga tiket RM28.00 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak. Saya takde la excited sangat. Cuma beria menjawab kuiz yang diberi. Gigih cari jawapan. Nak share gambar-gambar yang sempat diambil di sana. Syarat mengambil gambar di dalam ni cuma kena pastikan tiada flash . Tempat pertama yang dituju ialah kawasan air yang kita sendiri boleh sentuh haiwan di dalamnya seperti belangkas, tapak sulaiman. Di sekitar kawasan ni juga ada disediakan sinki untuk mencuci tangan. Tengok dekat lantai pun ada pantulan cahaya gambar ikan. Dalam ni ada banyak seksyen. Setiap seksyen ada maklumat tentang makhluk dalam air dan serangga yang ada di sini. Malas na

137 - eFILLING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2014

Bismillahirahmanirrahim         Assalamualaikum Entah apa yang sibuk dengan urusan dunia ni. Sampai tak perasan masa untuk membayar cukai telah tiba. Saban tahun memang saya tertunggu tarikh ni. Bukan sebab banyak duit nak bayar cukai. Sebab selalu yakin yang saya akan dapat refund . Hehe. Walaupun refund tahun lepas yang seciput pun tak dibayar LHDN. (Ciput pun lepas la beli anak pokok beberapa batang) Kes terpencil tu sebab kesilapan bank pembayar dan sistem LHDN yang tak user friendly kot. Tahun ni tersedar kena bayar cukai bila terbaca status kawan dalam FB. Kalau tak memang langsung tak ingat. Kali ni saya harap LHDN akan refund cepat sebab amaun yang perlu di refund kali ni lebih 5x daripada refund tahun lepas. (Er tak la banyak tapi lepas la beli anak pokok beberapa batang x 5) Semalam saya dah kunci masuk pendapatan yang perlu diisytihar bersama beberapa pelepasan serta rebat yang melayakkan diri untuk dapat pulangan lebih cukai. Kat sini saya nak share  kaedah

136 - RUMAH KECIL DI JABAL UHUD

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Buku ini saya baca bulan Januari yang lalu. Saya kenal penulisnya melalui penulisan artikel beliau di dalam akhbar kosmo. Dari situ saya mula mencari siapa Pn Roza Roslan . Malahan saya pernah beremel secara peribadi kepadanya. Saya dalam proses mengumpul buku-buku tulisan beliau dan suaminya. Dan ini buku pertama beliau dalam koleksi peribadi saya. Penulis yang saya suka gaya tulisannya, buku-buku mereka akan terpilih dalam senarai buku must have saya. Wajib dimiliki. Saya tidaklah berminat untuk review dengan terperinci. Cukup saya katakan buku ini salah satu santapan rohani yang enak bagi jiwa yang mencari semula nilai Islam dalam hidup. Buku ini lebih kepada perjalanan hidup penulis, Pn Roza Roslan mengenai kehidupan mereka di Jabal Uhud di tanah suci Madinah. Ia juga berkaitan perjalanan awal sebelum penulis sekeluarga berhijrah dari Malaysia ke Kota Madinah. Pelbagai cerita tentang kisah-kisah kaum keluarga dan rakan terdeka

135 - 11 BULAN

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Kita ini manusia biasa. Tidak maksum seperti Nabi. Nabi juga pernah buat silap tapi atas sifat kenabiannya, baginda diberi teguran melalui penerimaan wahyu.  Sebiasa-biasa kita sebagai umat, AlQuran ada menunjuk jalan. Sama ada kita ingat untuk merujuk kitab ajaib itu atau tidak, tepuk dada tanya kehendak hati. Kita terbiasa menjalani hidup tanpa sedar yang kita sentiasa dalam perhatian. Bila terjatuh bila rasa sakit ramai yang kembali mengingatiNya. Ada juga yang terlupa untuk mengadu padaNya. Setiap orang nikmat rezekinya berbeza-beza. Saya teringat pada tulisan seorang rakan. Beliau membandingkan dirinya dengan orang terdekat. Saya juga begitu. Orang ada itu kalau boleh kita juga mahu. Tapi ukurlah baju di badan sendiri bukan di badan mannequin. Itulah kadang saya ingatkan diri sendiri jangan selalu mendongak langit tapi tunduk ke bumi melihat  tanah. Di pijak orang tapi realiti hidup asal kita dari tanah dan kembali kita ke dalam san