Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

53 - SIAPA PUN KITA

Bismillahirahmanirrahim           Assalamualaikum Mungkin kita punya harta bertimbun Mungkin kita manusia yang melukut di tepi gantang Mungkin kita gajinya beribu-ribu Mungkin kita rezekinya makan pagi kais pagi Mungkin kita pakai kereta buatan luar negara Mungkin kita hanya punya basikal tua Mungkin kita punya kerjaya yang hebat Mungkin kita hanya penganggur setia Mungkin kita punya pengikut yang ramai Mungkin kita hanya menjadi pak turut Mungkin kita makan di hotel mahal Mungkin kita hanya mampu makan nasi berulam air Siapa pun kita.. Jangan terlalu tegar dengan keindahan langit membiru Pandang ke bawah melihat rumput nan hijau Siapa pun kita.. Tatkala nikmat nafas ditarik semula Tatkala menerima jemputan si Izrail Sampai masa kita akan dibalut kain putih Waktu itu  Kita ini semua sama sahaja   ~ nazlina ~TBE 31032014

52 - INI HANYA PENDAPAT SAYA

Bismillahirahmanirrahim          Assalamualaikum Minggu ni saya attend satu kursus di Cyberjaya. Best sebab n ew information, new knowledge, new friend and new experience. Abaikan satu sebab nak cukupkan kursus 7 hari setahun. Normally jika kursus luar Melaka hanya setakat di Putrajaya/Cyberjaya memang berulang hari-hari. Tak sampai hati tinggalkan anak. Pagi 25/03/2014, selepas jam 0000, ntah pukul berapa encik suami khabarkan tadi YAB PM dah announce MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi. Saya diam. Saya bangun check whatsapp pejabat kot ada info lain. Berita itu belum final selagi MH370 atau rangka belum ditemui secara fizikal. Dan pagi itu, semua media mengadakan b acaan ayat Quran.  Dan semasa berada di tempat kursus ramai membincangkan isu besar ini. Rasanya tidak kira siapa walau di mana berada akan memperkatakan tentang MH370 dari 8/03/2014 lagi. Secara peribadi, bukan itu pengakhiran yang saya mahu dengar. Jauh di lubuk hati saya lebih rela jika MH370 ini di

51 - PENGURUSAN MASA

Bismillahirahmanirrahim         Assalamualaikum Kadang-kadang saya rasa saya gagal menguruskan masa dengan baik sebab banyak perkara yang saya nak buat masih tidak dilaksanakan. Huhu.. Adakah saya perlu merencanakan masa secara bertulis? Dahulu semasa di UiTM saya pernah menyediakan jadual harian saya secara details . Dari mula bangun pagi sehingga waktu tidur siap dengan subjek apa saya perlu buat revision dan untuk berapa lama jangkamasa yang diperuntukkan. Currently , rutin saya harian lebih kurang seperti ini.   Kenapa lebih kurang? Rutinnya setiap hari itu yang dilakukan tetapi tempoh masa tidaklah fixed . Rutin di atas adalah rutin pada hari bekerja Isnin-Jumaat. Mungkin rutin saya tidaklah se rigid orang lain atau tidak sesibuk orang lain. Saya jenis orang yang tidak suka rumah bersepah. So setiap hari saya akan pastikan semua peralatan dalam kedudukan yang teratur dan kemas. Walaupun anak main bersepah, saya akan pastikan sebelum tidur semua mainan berada di

50 - RAWAK 1

Bismillahirahmanirrahim         Assalamualaikum Bulan lepas Ibu Pejabat ada tawarkan pengajian ACCA untuk kumpulan P&P secara separuh masa. Kos pengajian ditanggung sepenuhnya (akak suka sangat kalau bab sponsor ni). Tapi akak tak berdaya nak hantar borang permohonan kerana satu - kelas pada setiap hujung minggu di Cyberjaya, dua - komitmen nak berulang alik Melaka-Cyberjaya (kos pengangkutan dan masa dengan keluarga akan forgone begitu sahaja - nikmat meluangkan masa bersama anak-anak tu yang paling utama), tiga - saya tidak pasti dapat memberi tumpuan pada pelajaran dengan kekangan kerja di pejabat, tugas sebagai ibu dan isteri. Cukuplah tiga.  Mungkin jika full time belajar dan di Melaka saya akan ambil peluang. InsyaAllah jika ada rezeki bila anak-anak dah besar sikit, boleh mohon untuk HLP : hadiah latihan persekutuan. Itu pun kalau ada rezeki. Plan untuk siapkan bilik keempat di rumah seperti dalam entri ini masih lagi belum siap sepenuhnya. Baru 60% work in

49 - DOA SELAMAT BUAT PENUMPANG DAN ANAK KAPAL MH370

Bismillahirahmanirrahim         Assalamualaikum Ini doa yang dititipkan semasa majlis bacaan yaasin dan tahlil jumaat minggu lepas seperti entri hari tersebut . Saya jumpa di sini dan cuma copy paste. D oa Selamat Buat Penumpang Dan Anak Kapal MH370   بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ   اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالمَيْنَ حَمْداً يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَا رَبَّناَ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلىَ ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . اللَّهُمَّيَا مُنْزِلَ الْبَرَكَةِ والْرَّحْمَةِ وَيَامُجِيْبُ السَّاءِلِيْنَ Ya Allah, Yang melimpahkan barakah dan rahmatserta Yang menunaikan segala permintaan . Kami memohon darimu agar engkau   menetapkan satu ketetapan yang terbaik , buat saudara-saudara kami yang telah pergi bermusafir dan juga yang me