Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

175 - MUDAHNYA BERAQIQAH MELALUI EZ QURBAN SDN BHD

Bismillahirrahmanirrahim   AQIQAH ANAK   KETIGA Pada asalnya, semasa hamil dahulu memang saya fikir nak adakan majlis aqiqah serentak dengan majlis cukur jambul dalam tempoh maternity leave . Tapi bila majlis cukur jambul pun dah delayed dan tak sesuai dibuat serentak pada masa yang sama, maka saya terus tukar plan laksanakan aqiqah dengan EZ Qurban. Saya nak laksanakan aqiqah seberapa segera sebelum laksanakan ibadah qurban untuk Inas Sofea pada tahun ini. Semasa Imaan Maryam, kami laksanakan aqiqah semasa saya dalam pantang serentak dengan cukur jambul, qurban pula ngam2 dibuat selepas 44 hari berpantang. Dan semasa Inas Sarah, cukur jambul dibuat semasa tempoh berpantang tapi aqiqah kami buat lambat semasa Anak Syurga ini berusia 7 bulan serentak dengan majlis kenduri doa selamat masuk rumah baru. Kami tak sempat menjalankan qurban untuk Inas Sarah kerana sebelum Aidililadha berikutnya, Inas Sarah dijemput pulang menghadap Allah. KENAPA AQIQAH DENGAN EZ QURBAN?