Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

118 - TAMAN MINI FASA 3

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Sebelum ini saya pernah nyatakan mahu pasang rumput dalam entri INI. Dan Alhamdulillah ia telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih Allah atas rezekiMu. Dalam 2 3 minggu lepas kot projek ini dilaksanakan. Belum sempurna sepenuhnya. Ini rupa laman tepi pada awalnya.  Ini proses kerja yang dilakukan. Mengambil masa dua hari sebab rumput yang ditempah lewat dihantar. Kami difahamkan rumput mutiara tersebut dari Dengkil. Hari pertama memang proses mencangkul dan meratakan pasir. Pertama : Mencangkul semula semua rumput lama dari belakang sampai ke depan. Kedua : Menabur dan meratakan pasir ke atas kawasan rumput yang dicangkul tadi. Ketiga :Menanam pokok bunga hiasan.  Kami diberi tiga jenis pokok bunga hiasan. Saya memang tak ambil tahu nama pokok bunga ini.  Satu jenis di tanah di lereng laman ni tapi tanam sebelah sahaja sebab sebelah lagi laluan untuk naik ke atas. Laman kami bertingkat sebenarnya. Ini

117 - DUA KISAH YANG SAMA

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum KISAH 1 Ini cuma catatan ringkas. Catatan dari ceramah Ustaz Kazim Elias malam semalam di Masjid Negeri. Kata UKE, orang yang paling kaya ialah orang yang paling redha dengan Allah. Aduh.. saya belum lagi. Entah bila. Rasa diketuk kepala Ini semasa mendengar kata-kata tersebut. Dan apabila UKE menceritakan aktiviti sehariannya dari Perak-Bangi-Melaka semalam, beliau mengungkit tentang luahan perasaan dalam satu stesen radio ( nasional klasik mungkin? ) petang semalam. Luahan kisah seorang ibu lambat dikurniakan anak dan apabila dikurniakan anak, dalam usia 5 bulan anak itu dijemput Illahi. Kata UKE, kenapa kecil sangat hati si ibu. Sepatutnya dia bergembira anaknya sudah dijamin Syurga. Yang patut dirisaukan kalau yang berusia 50 tahun sebab kita tidak tahu layak ke tidak untuk ke Syurga. Tatkala itu hati saya tersentak. Ya hati saya juga kecil. Dan jauh saya merenung kenapa sukar saya miliki hati yang besar

116 - IMAN

Bismillahirahmanirrahim                    Assalamualaikum Kebiasaannya, setiap pagi masuk kereta saya akan memilih frekuensi 90.30 mendengar celoteh Johara. Tetapi balik daripada pejabat saya akan tukar kepada 89.50. Pagi ini Jumaat lepas semasa sampai di depan pintu taska Imaan, sebelum keluar kereta Imaan tegur ummi tak buka radio. Selepas hantar Imaan, saya terus on kan radio. Masa tu Ikim.fm sedang ke udara. Seorang ustaz yang familiar suaranya sedang memberi ceramah tentang tajuk yang saya tidak ketahui. Isinya sangat menarik walaupun saya dengar hampir di penghujung unknown topic.   Antara isinya :  Tentang Khalid Al Walid. Panglima perang yang hebat pada zaman jahiliyah dan Islam. Malahan sangat angkuh ketika berhadapan dengan Rasulullah. Diceritakan juga bagaimana reaksi Rasulullah menghadapi kelantangan dan kesombongan Khalid Al Walid sebelum beliau milih Islam sebagai Addin. Malahan semasa hijrah ke Madinah, beliau disambut meriah oleh masyarakat di sana sampai

115 - SUSUN ATUR BAJU ANAK

Bismillahirahmanirrahim                    Assalamualaikum Ni saje nak kongsi cara penyimpanan baju anak. Baju yang dah tak digunakan buat masa ni.  Sebahagian baju lama Imaan Maryam yang tak sempat dipakai Inas Sarah. Juga sebahagian baju-baju yang dihadiahkan semasa kelahiran Inas juga tak sempat dipakai sebab saiz agak besar. Baju anak-anak memang saya lipat begini. Satu Dua Tiga Akhirnya Dan lagi.. Baju terakhir Hmm... Baju-baju yang dilipat ni saya susun secara mengiring di dalam laci penyimpanan supaya senang diambil. Dulu saya susun dengan baringkan baju-baju dan dihempap dengan baju yang lain. Tapi nanti selalu capai baju yang di atas dan baju-baju paling bawah selalu tak terpakai. Selain itu, nanti nak kena angkat dan susun balik. So far ini kaedah yang saya suka gunakan. Ini susun atur dalam laci. Dan sebahagian yang lain saya simpan dalam bakul ini. Kaedah yang sama bagi baju Penyimpanan cloth diaper dalam 2 storage box .

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa