Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

131 - CERITA CINTA AHMAD AMMAR

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum   Don’t judge a book by its cover . Itu kata-kata yang lazim kita dengar tidak terpakai semasa saya menjenguk satu kedai buku.   Berdasarkan penelitian pada kulit buku inilah saya terpaut hati untuk membeli buku ini. Walau pun, pada awal tujuan kunjungan ke kedai buku untuk membeli buku Imaan dan mencari koleksi terbaru Andrea Hirata dan Pn Roza Roslan.   Buku ini disusun oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) dan mengandungi beberapa pendapat daripada mereka yang sangat rapat dengan anak muda ini.   Tingginya martabat seorang ibu, buku ini dimulakan dengan c erita oleh Pn Nur Azlina tentang anak tunggal lelakinya dari lahir sehingga akhir waktu beliau dipanggil menyahut panggilan Illahi. Sungguh hebat jiwa seorang ibu. Dengan penuh tulus meredhai pemergian anak yang diharap menjadi sejarahwan dunia. Sangat saya terkesima dengan sifat mulia si ibu.   Begitu juga besarnya jiwa seorang ayah yang merencanakan anaknya untuk   be

130 - TIP DI DAPUR 4

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Lama tak update pasal tip di dapur. Tip yang ada semua saya dapat dari rancangan 'Makan' di Astro Maya. Ni tip yang saya baru dapat dan teringat untuk berkongsi untuk peringatan diri sendiri. Menjimatkan penggunaan lemon. Pada lazimnya kita menggunakan sebahagian sahaja lemon untuk masakan. Bagi menjimatkan lebihan lemon dari rosak, cucuk dengan lidi tajam di tengah-tengah lemon. Perah lemon tadi menerusi lubang yang telah dicucuk. Selepas itu, kawasan yang telah dicucuk tadi ditutup semula dengan lidi tadi atau selotape di kawasan berlubang tadi. Mengelakkan serangga dari berkerumun di dapur Letakkan daun pudina kering di atas dapur. Selain menjauhkan semut daripada berkeliaran di atas dapur, ianya turut mengharumkan kawasan dapur dengan aroma daun pudina. Mengurangkan lebam di tangan Potong bawang dan celup ke dalam cuka. Sapu bawang tadi ke bahagian lebam. Selain itu, boleh letak yogurt pada bawang dan sapu

129 - PANGGILAN AKHIR

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum. Entah bagaimana lewat petang Jumaat lepas (16.01.2015) semasa hampir sampai ke rumah pulang dari kerja terlintas di hati.. April 2012 : Selepas subuh saya menerima panggilan kakak, datuk telah kembali rahmatullah. April 2013 : Semasa sedang sarat mengandungkan Inas, saya menerima panggilan telefon di bilik seminar pakcik telah kembali rahmatullah. April 2014 : 08.04.2014 menyaksikan sendiri anak kesayangan saya pergi menghadap Illahi. Semua mereka menghembuskan nafas di hospital yang sama. Lantas, saya berdoa jangan April tahun ini DIA duga saya dengan berita sesukar itu lagi. Noktah. ................................................................................... Malam yang sama 16.01.2015 ketika sedang menikmati makan malam di luar, Encik Suami menerima panggilan. Panggilan makluman pakcik beliau telah ke rahmatullah. Pergi dalam tidur tanpa sedar. Tiada sesiapa yang menemani beliau mengucap kalimah Syahadah pada saat-saat

128 - SUSUN PLASTIK KITAR SEMULA

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Lama tak menulis tentang susun atur. Oh saya tak pakar pun. Tapi kalau ada masa saya suka merayau blog susun atur ni. Kalau FB tu jarang sangat online maka jarang juga menjenguk group KSSA. Saya suka manfaatkan barang kitar semula. Lagi-lagi kalau menjimatkan kos.  Macam plastik contohnya. Plastik yang ada saya akan guna untuk buang sampah. Jadi jarang sangat saya beli plastik sampah. Sepanjang lebih setahun menetap di rumah sendiri, baru sekali saya beli plastik buang sampah. Itu pun masih berbaki sehingga kini. Ada sekali tu encik suami bawa balik 2 bungkusan plastik.  Semak sangat, perlahan-lahan (beberapa hari selepas itu) saya ambil dari bonet kereta dan lipat. Lain orang lain cara lipatannya. Tapi cara saya, saya suka lipat segitiga. Macam kuih samosa. Seperti ini.. Dan hasilnya sebanyak ini.. Saya simpan di dalam kotak kasut terpakai. Dan kotak ini saya simpan di dalam kabinet bawah sinki. Nanti nak guna a

127 - DARI DENAI KAMPUNG KE PENTAS DAKWAH..

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Ini buku terakhir yang saya baca pada penghujung 2014. Yang meminati Ustaz Kazim Elias, tak rugi beli. Ia merupakan autobiografi bergambar tentang beliau.  Serba sedikit tentang latar belakang UKE dari kecil sehingga dewasa. Dari seorang bayi 8 bulan yang kematian ayahnya sehingga seorang bapa kepada 5 cahayamata. Antara isi kandungan yang terdapat dalam buku  setebal 241 mukasurat. Juga gambar-gambar lama keluarga beliau termasuk masa kini. Sesiapa yang mengikuti ceramah beliau, akan mendapati serba sedikit cerita di dalam buku ini terkandung dalam ceramah-ceramah beliau. Membaca buku ini membawa kita kembali ke zaman dulu-dulu. Tersentuh rasa hati dengan suka duka yang ditempuhi. Tertawa sendirian dengan pelbagai kisah yang dinukilkan. Isi buku ini sangat santai. Sehinga mak dan ayah saya juga teruja membaca buku ini ketika saya tunjukkan gambar keluarga UKE. Saya peminat UKE. Ceramahnya bersahaja begitu juga cara persembahan

126 - AWAS KATA-KATAMU

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Pepatah Arab ada mengatakan “Satu perkataan, apabila ia terbit dari hati maka akan jatuh ke hati, manakala jika ia terbit dari lidah ia tidak akan mampu menjangkau kecuali dua cuping telinga” . Pernah ada orang mempertikaikan rezeki orang lain. Enak menabur kata. Dan rezeki yang sangat diharap masih belum tiba biarpun ramai tahu dia telah banyak berusaha. Pernah ada orang mengungkit seolah-olah dia seorang yang paling penting. Jauh-jauh khabar didengar dia mahu bercuti lama biar orang tahu tanpanya itu ini tidak sempurna. Dan benar dia berehat lama kerana masalah keluarga. Pernah ada orang menabur nista. Habis diheboh dicanang kedangkalan orang. Dan tidak lama selepas itu dia ditimpa musibah. Pernah dulu saya selalu mengeluh kenapa encik suami suka sangat menapau di satu kedai. Dan sekarang bila malas memasak, kedai itu yang saya tuju. Maka jangan berlebih-lebih ketika berkata. Jaga lidah kerana di dalam Mah

125 - IMAAN MARYAM AFFENDI

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum   Imaan Maryam Affendi, bukan seorang mudah mesra. Sedikit pemalu (macam ayahnya). Tetapi tidak sabar seperti umminya. Imaan rajin bersembang. Balik taska macam-macam mahu diceritakan. Kata ayahnya macam saya.  Sejak duduk di taska Imaan lebih mesra dengan rakan sebaya. Di kawasan perumahan kami memang ramai kanak-kanak. Alhamdulillah anak-anak itu menceriakan hari-hari Imaan. Sekurang-kurangnya Imaan tidak kesunyiaan tanpa adik. Semalam balik kerja seperti biasa kemeriahan anak-anak jiran bermain di depan rumah.  Saya di dapur semasa Imaan ambil air menghilang haus. Saya terdengar suara kawannya minta air. Saya panggil dan beri air mangga. Anak ini berumur 7 tahun dan sangat ramah. Perempuan. Dari seorang masuk lagi dua orang anak jiran sebelah. Imaan sangat excited tunjuk bilik adik. Tunjuk mainannya. Budak perempuan tadi bertanya kepada saya sama ada Imaan tidur seorang di bilik itu. Saya kata tidak. Dulu adik Imaan selalu tid

124 - KASIHNYA KAKAK

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Semalam 08.01.2015. PAGI.. Kami membawa Imaan Maryam Affendi ke klinik. Klinik di taman perumahan. Dengan tujuan untuk follow up berat badan berlebihan. Kakak tembam -24kg Klinik memang ramai orang. Ramai ibu mengandung ramai bayi bertemu janji dengan cik doktor. Saya tunjuk kepada Imaan tempat baby timbang berat. Saya : Kakak tengok tu baby timbang, sama dulu kita timbang adik Inas. Imaan : A'ah sama. Tapi adik dah meninggal. Titik. MALAM.. Imaan menyanyi.. Satu satu Imaan sayang ummi, Dua dua Imaan sayang ayah, tiga tiga sayang adik Inas. Satu dua tiga sayang semuanya.   Semalam.. 08.01.2015 - genap 9 bulan pemergian Inas Sarah Affendi. Adik, ummi yakin kakak Imaan akan sentiasa sayangkan adik walaupun tempoh bersama hanya untuk 10 bulan. Semoga kamu berdua akan berjumpa semula di Syurga Allah.  Satu masa dulu..