Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

141- KEBUN MINI ATAU MINI KEBUN?

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Di belakang rumah kami ada sedikit ruang tanah untuk bercucuk tanam. Itu semua kerja Encik Suami. Takde lah banyak yang ditanam. Masih boleh ditambah sekiranya Encik Suami ada kelapangan masa. Saya memang fail bab menanam ni. Cuma rajin mencabut rumput  je. Ini sebahagian tanam-tanaman yang menjadi. Pokok terung ni Encik Suami ambil benih daripada rumah adiknya. Termasuk daun pandan dan serai. Excited pula bila terung ni menjadi.Lepas ni boleh buat sambal ikan bilis. Biasa kalau ada balance saya akan buat cecah lempeng bawa sarapan ke pejabat.  Ini pokok limau purut kedua. Sebelum ni memang ada tanam pokok yang sama tapi entah apa silapnya pokok tu tidak menjadi,mungkin dimakan ulat. Jadinya Encik Suami tanam di lokasi berbeza. Pokok cili ni comel je tapi dah banyak berbuah, dah beberapa kali hasilnya digunakan dalam masakan.  Ada beberapa tanaman yang tidak menjadi sebelum ini. Seperti pokok limau purut dan limau kasturi d

140 - INAS SARAH AFFENDI BINTI MOHD AZRUL AFFENDI

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Inas Sarah Affendi Binti Mohd Azrul Affendi 39 minggu kamu dalam rahim ummi. 27.05.2013 - Isnin, kamu selamat lahir ke dunia ini. 45 minggu Allah pinjamkan kamu untuk menghirup udara bumi. Setelah 84 minggu kamu bersama dengan ummi dan pada 08.04.2014 - Selasa kamu dijemput kembali menemui Allah. Setahun telah berlalu.  Setahun yang sangat sukar. Airmata tidak pernah kering setiap kali mengenangkan kecomelan kamu. Rindunya pada bau kamu, senyuman kamu dan keletah kamu. Senangnya ummi mengandungkan kamu selama 39 minggu. Senang juga membesarkan kamu dalam  masa 45 minggu. Sesenang itu Allah jemput kamu kembali selepas 84 minggu. Kehilangan kamu satu kejutan sangat hebat. Bermula dengan asbab demam sahaja. Kurang 24 jam kamu disyaki diserang meningitis. Kamu buka mata kali pertama dan tutup mata selamanya di hospital yang sama. Tak terpikul jiwa ummi menahan emosi. Kamu hanya pinjaman Allah.  Selamanya kamu tetap hak Allah.  Um

139 - FACEBOOK DAN SAYA

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum A ntara saya dan facebook memang tiada hubungan yang rapat. Permulaan hubungan pada 2008 saya kira. Tapi disebabkan saya ini kurang bersosial di laman maya maka hubungan terputus bila saya sendiri lupa kata laluan . Saya teringat seorang teman pernah ketawakan saya bila saya kata saya tiada dan tidak berminat dengan facebook . Katanya   saya ketinggalan. Saya sengih. Langsung tidak ambil peduli. Saya sendiri tidak ingat bila saya menyambung semula hubungan dengan facebook. Mungkin selepas berkahwin. Lupa.  Google Saya tidak faham kerana ramai manusia terlalu obses dengan facebook . Ia ada kelebihan dan kekurangan. Saya tidak kisah orang menggunakan facebook untuk menjana kewangan. Saya tidak kisah kalau orang menggunakan facebook untuk mempengaruhi manusia lain menjadi lebih baik. Malahan facebook menghubung banyak hubungan yang lama terpisah. Ya saya bertemu semula rakan baik selepas terpisah selama 19 tahun. Itu antara kebaikan fa