Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

110 - POKOK BUNGA AYAH AFFENDI JR

Bismillahirahmanirrahim                    Assalamualaikum Flora yang ada di rumah kecil kami semuanya hasil kerja tangan Encik Suami. Sejak ada rumah sendiri baru terserlah kerajinan beliau dalam bab alam tumbuh-tumbuhan. Taman mini masih dalam perancangan. Quotation rumput dah dapat. Boleh tahan.. Hold dulu pasal tu. InsyaAllah tetap akan dilaksanakan. Dan ini flora di depan rumah yang belum berpasang jubin itu. Sudut ni berdepan bilik utama dan asalnya kawasan tanah. Tapi kami minta orang simenkan sebab kami nak letak kerusi rehat kayu.  Eh takde gambar nak tunjuk. Nak beli gazebo, rasa macam tak berbaloi (mahal). So , kita beli yang ni je la. Dalam RM1,300.00 kot. Kilangnya kat Bukit Rambai. Payung tu request warna hijau, diorang hantar warna maroon plak. Tertukar dengan rumah lain. Accept je la. Pasu yang beratur tu, semua ros jepun. Dan masa pakcik nursery datang tengok condition halaman kami, dia sempat menjengah corner baru ni. Katanya takde rumput ori, rum

109 - AND THE MOUNTAINS ECHOED

Bismillahirahmanirrahim                    Assalamualaikum Lama tak cerita pasal buku. Bulan lepas masa menjengah MPH Bookstore, saya terpandangkan satu buku penulis kegemaran.  Khaled Hosseini . Karyanya hebat pada pendapat saya.   Memetik kata-kata beliau, "I am forever drawn to family as a recurring central theme of my writing. My earlier novels were at heart tales of fatherhood and motherhood. My new novel is a multi-generational family story as well, this time revolving around brothers and sisters, and the ways in which they love, wound, betray, honor, and sacrifice for each other. I am thrilled at the chance to share this book with my readers." Dan ini buku ketiga beliau yang saya miliki. Dulu saya gemar membeli buku online . Dulu saya rajin dok mengintai mphonline atau ujanailmu. Untuk melihat jikaada karya-karya baru penulis kegemaran. Sekarang dek kekangan pengurusan m

108 - IMAAN MARYAM AFFENDI

Bismillahirahmanirrahim                    Assalamualaikum  22092011 hari yang penuh payah Petang itu 1404 kamu selamat dilahirkan Selepas 12 jam menanggung kesakitan yang luar biasa Kamu permata hati ummi dan ayah Kamu si penghibur Inas Sarah Kamu yang pertama Buah cinta kami berdua Selepas tiga tahun Doa ummi dan ayah tetap sama Mengharapkan rahmat Allah sentiasa di sisimu Semoga Allah memelihara imanmu, akhlakmu, auratmu dan akidahmu Imaan Maryam Affendi  Ummi doakan imanmu seteguh Maryam binti Imran Ummi doakan kejayaan akan mengiring perjalanan di dunia dan akhirat Jadilah anak yang solehah Hamba Allah yang zuhud Ummi harap Allah membantu kami mendidikmu Melengkapi kamu dengan ilmu agama Menjadi seorang yang luar biasa Supaya kita bersama-sama mudah melintasi SiratulMustaqim Untuk bertemu puteri syurga kita Inas Sarah Affendi Imaan Maryam Affendi binti Mohd Azrul Affendi Selamat ulang tahun ketiga Kasih sayang menggunung tinggi untukmu selamanya Saksam

107- INAS - RINDU

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum SATU Ada satu kali ketika sedang makan malam di rumah menunya ayam paprik. Entah macam mana ketika terpandangkan lobak merah fikiran saya menerawang teringat momen-momen saya menyediakan bubur lobak untuk Inas. Tiba-tiba airmata saya meluncur laju. Rindu datang dengan tiba-tiba. Rindu mengingatkan apabila balik taska, ketika saya sibuk siapkan menu makan malam, encik suami akan entertain anak-anak. Rindu mengingatkan bila kami pula makan malam, si Inas tidak duduk diam di dalam walker. Dan malam itu, ketika saya menangis menyuapkan nasi ke mulut, Imaan yang berada di kerusi sebelah bangun beralih ke belakang kerusi dan peluk saya. Itu pertama kali saya menangis di depan rezeki. Dek kerana rasa rindu yang amat sangat. DUA Ada satu pagi Jumaat. Bulan Ogos. Saya kira dalam pukul 3-4 pagi saya terjaga daripada tidur. Rasa rindu pada Inas bertandang dengan tiba-tiba. Memori saya kembali pada malam terakhir hayatny

106 - BILIK ANAK LAGI

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini entri tentang bilik anak. Penambahbaikan kepada entri ini. Saya pernah up kan dalam FB KSSA. Ada komen yang membina tapi tidak terlaksana contohnya seperi langsir. Belum lagi nak tukar kain. Nanti lah. Dahulu (Pandangan bertentangan pintu masuk) Sekarang Terdapat perubahan pada susun atur dalam bilik ini. Buaian anak + carseat+carrier saya alihkan di belakang katil bersebelahan playpen termasuk kotak merah tu ada mainan. Sebelah kanan bilik Juga terdapat tambahan aksesori. Sebelah kiri bilik Bingkai gambar di bahagian tengah ni adalah gambar raya kami berempat pada 2013. Dan di kedua-dua sisi adalah gambar raya Inas tahun 2013 dan gambar 2014. Encik suami cetak di kedainya . Meja biru di atas sebenarnya kakak saya bagi. Atas meja tu siap attach dengan buku bergambar. Tapi masa Imaan Maryam setahun lebih habis dikoyakkannya buku tu. Sekarang tinggal tapak buku je. Jejak terakhir Anak S