Skip to main content

Posts

110 - POKOK BUNGA AYAH AFFENDI JR

Bismillahirahmanirrahim                    Assalamualaikum Flora yang ada di rumah kecil kami semuanya hasil kerja tangan Encik Suami. Sejak ada rumah sendiri baru terserlah kerajinan beliau dalam bab alam tumbuh-tumbuhan. Taman mini masih dalam perancangan. Quotation rumput dah dapat. Boleh tahan.. Hold dulu pasal tu. InsyaAllah tetap akan dilaksanakan. Dan ini flora di depan rumah yang belum berpasang jubin itu. Sudut ni berdepan bilik utama dan asalnya kawasan tanah. Tapi kami minta orang simenkan sebab kami nak letak kerusi rehat kayu.  Eh takde gambar nak tunjuk. Nak beli gazebo, rasa macam tak berbaloi (mahal). So , kita beli yang ni je la. Dalam RM1,300.00 kot. Kilangnya kat Bukit Rambai. Payung tu request warna hijau, diorang hantar warna maroon plak. Tertukar dengan rumah lain. Accept je la. Pasu yang beratur tu, semua ros jepun. Dan masa pakcik nursery datang tengok condition halaman kami...

109 - AND THE MOUNTAINS ECHOED

Bismillahirahmanirrahim                    Assalamualaikum Lama tak cerita pasal buku. Bulan lepas masa menjengah MPH Bookstore, saya terpandangkan satu buku penulis kegemaran.  Khaled Hosseini . Karyanya hebat pada pendapat saya.   Memetik kata-kata beliau, "I am forever drawn to family as a recurring central theme of my writing. My earlier novels were at heart tales of fatherhood and motherhood. My new novel is a multi-generational family story as well, this time revolving around brothers and sisters, and the ways in which they love, wound, betray, honor, and sacrifice for each other. I am thrilled at the chance to share this book with my readers." Dan ini buku ketiga beliau yang saya miliki. Dulu saya gemar membeli buku online . Dulu saya rajin dok mengintai mphonline atau ujanailmu. Untuk melihat jikaada karya-...

108 - IMAAN MARYAM AFFENDI

Bismillahirahmanirrahim                    Assalamualaikum  22092011 hari yang penuh payah Petang itu 1404 kamu selamat dilahirkan Selepas 12 jam menanggung kesakitan yang luar biasa Kamu permata hati ummi dan ayah Kamu si penghibur Inas Sarah Kamu yang pertama Buah cinta kami berdua Selepas tiga tahun Doa ummi dan ayah tetap sama Mengharapkan rahmat Allah sentiasa di sisimu Semoga Allah memelihara imanmu, akhlakmu, auratmu dan akidahmu Imaan Maryam Affendi  Ummi doakan imanmu seteguh Maryam binti Imran Ummi doakan kejayaan akan mengiring perjalanan di dunia dan akhirat Jadilah anak yang solehah Hamba Allah yang zuhud Ummi harap Allah membantu kami mendidikmu Melengkapi kamu dengan ilmu agama Menjadi seorang yang luar biasa Supaya kita bersama-sama mudah melintasi SiratulMustaqim Untuk bertemu puteri syurga kita Inas Sarah Affendi Imaan Maryam Affendi binti Mohd Azrul Affendi Selamat ul...

107- INAS - RINDU

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum SATU Ada satu kali ketika sedang makan malam di rumah menunya ayam paprik. Entah macam mana ketika terpandangkan lobak merah fikiran saya menerawang teringat momen-momen saya menyediakan bubur lobak untuk Inas. Tiba-tiba airmata saya meluncur laju. Rindu datang dengan tiba-tiba. Rindu mengingatkan apabila balik taska, ketika saya sibuk siapkan menu makan malam, encik suami akan entertain anak-anak. Rindu mengingatkan bila kami pula makan malam, si Inas tidak duduk diam di dalam walker. Dan malam itu, ketika saya menangis menyuapkan nasi ke mulut, Imaan yang berada di kerusi sebelah bangun beralih ke belakang kerusi dan peluk saya. Itu pertama kali saya menangis di depan rezeki. Dek kerana rasa rindu yang amat sangat. DUA Ada satu pagi Jumaat. Bulan Ogos. Saya kira dalam pukul 3-4 pagi saya terjaga daripada tidur. Rasa rindu pada Inas bertand...

106 - BILIK ANAK LAGI

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini entri tentang bilik anak. Penambahbaikan kepada entri ini. Saya pernah up kan dalam FB KSSA. Ada komen yang membina tapi tidak terlaksana contohnya seperi langsir. Belum lagi nak tukar kain. Nanti lah. Dahulu (Pandangan bertentangan pintu masuk) Sekarang Terdapat perubahan pada susun atur dalam bilik ini. Buaian anak + carseat+carrier saya alihkan di belakang katil bersebelahan playpen termasuk kotak merah tu ada mainan. Sebelah kanan bilik Juga terdapat tambahan aksesori. Sebelah kiri bilik Bingkai gambar di bahagian tengah ni adalah gambar raya kami berempat pada 2013. Dan di kedua-dua sisi adalah gambar raya Inas tahun 2013 dan gambar 2014. Encik suami cetak di kedainya . Meja biru di atas sebenarnya kakak saya bagi. Atas meja tu siap attach dengan buku bergambar. Tapi masa Imaan Maryam setahun lebih habis dikoy...

105 - RUANG TAMU YANG SEDERHANA

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ruang tamu kami kecil je. Hiasan sederhana sahaja. ( Sebenarnya tak pandai menghias kikiki ) Asal kemas itu paling penting.  Kalau tengok takde apa pun yang mahal. Semua ni beli masa nak kahwin dulu kecuali beberapa item kecil seperti bingkai gambar dan karpet. Sebab motif hidup untuk tidak banyak hutang, semuanya kami beli secara tunai. Bukan banyak duit, tapi sebelum tu dah siap menyimpan awal. Nak cerita pasal perabot memang beli kedai biasa je pun. Takdenya la standard ikea ke lorenzo ke fella design ke. Tivi dan beberapa peralatan elektrik yang lain saya beli di kedai Panasonic di Jalan Munshi Abdullah. Semua electrical items di rumah yang berjenamakan Panasonic memang kami beli di kedai ni je. Kalau beli mesti dapat free gift ( suka sangat tu ). In fact camera yang digunakan untuk tepek gambar dalam blog ni pun camera free gi...

104 - PEPERIKSAAN

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum 2 minggu lepas Saya Yang Menurut Perintah telah diarahkan mengetuai kumpulan pengawas satu peperiksaan jabatan. Berada di depan dewan peperiksaan, saya melihat setiap seorang menjawab kertas peperiksaan masing-masing.  Google Saya mengimbau zaman bergelumbang dengan buku dan kertas peperiksaan. Zaman yang sangat stress . Peperiksaan = stress Menanti keputusan = double stress Saya ingat dulu semasa diploma, saya perlu ambil paper Microeconomy . Dek kerana terpengaruh dengan cerita latarbelakang si pensyarah dan ketidakbolehan saya cope dengan cara ajaran beliau, saya memilih untuk drop paper pada semester itu.  Semester berikutnya saya mengambil paper itu semula dan terpaksa drop paper Business Law pula (konon nak maintain pointer ). Senang cerita pada semester ketiga saat teman se batch selesa dengan bilangan paper mengikut si...