Skip to main content

113 - TERIMA KASIH ALLAH

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum

  • Terima kasih Allah.

  • Terima kasih kerana masih pinjamkan nafas untuk kami terus menghirup oksigen bumiMU.
  • Terima kasih Allah kerana masih memanjangkan jodoh kami suami isteri. (Selamat ulang tahun perkahwinan Encik Suami)
  • Terima kasih Allah atas rezekiMU. Dengan ia kami berjaya menyelesaikan beberapa urusan dunia yang berhubung kait dengan urusan Akhirat.
  • Terima kasih Allah kerana membuka mata kami menutup aib kami. 
  • Terima kasih Allah memberi nikmat kesihatan kepada kami.
  • Terima kasih Allah memilih kami untuk diuji. Biarpun sangat berat, kami yakin nikmat yang besar menanti 'di sana'. Tetapkanlah iman kami untuk meneruskan kehidupan di duniaMU yang fana ini.
  • Wahai Allah Yang Maha Esa, jadikanlah aku hambaMU yang sentiasa tahu bersyukur dalam apa juga situasi yang telah Kau tetapkan.
  • Wahai Allah Yang Maha Kaya, buka peluang untuk kami berkongsi rezeki dengan yang lain.
  • Wahai Allah Yang Maha Mengetahui, setiap rezeki hambaMU berbeza antara satu sama lain. Jauhkanlah rasa hasad dalam hati dan limpahkan rasa syukur pada setiap rezeki yang dimiliki walau sebesar zarah sekalipun.
  • Wahai Allah Yang Maha Pengampun, ambillah nyawa kami dalam keadaan Kau redha dengan amalan hidup kami. Dan jika sebaliknya, bukalah pintu taubat sebelum nyawa terpisah dari badan. 
  • Semoga tahun baru Islam 1436H menjadikan kami insan yang lebih bermanfaat dan menjadi hambaMU yang kau rahmati dengan keluasan kasih sayangMU yang tidak terhingga.
  • ALHAMDULILLAH.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...