Skip to main content

141- KEBUN MINI ATAU MINI KEBUN?

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

  • Di belakang rumah kami ada sedikit ruang tanah untuk bercucuk tanam.
  • Itu semua kerja Encik Suami.
  • Takde lah banyak yang ditanam. Masih boleh ditambah sekiranya Encik Suami ada kelapangan masa. Saya memang fail bab menanam ni. Cuma rajin mencabut rumput  je.
  • Ini sebahagian tanam-tanaman yang menjadi.
  • Pokok terung ni Encik Suami ambil benih daripada rumah adiknya. Termasuk daun pandan dan serai.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Excited pula bila terung ni menjadi.Lepas ni boleh buat sambal ikan bilis. Biasa kalau ada balance saya akan buat cecah lempeng bawa sarapan ke pejabat. 
  • Ini pokok limau purut kedua. Sebelum ni memang ada tanam pokok yang sama tapi entah apa silapnya pokok tu tidak menjadi,mungkin dimakan ulat. Jadinya Encik Suami tanam di lokasi berbeza.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Pokok cili ni comel je tapi dah banyak berbuah, dah beberapa kali hasilnya digunakan dalam masakan. 
  • http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Ada beberapa tanaman yang tidak menjadi sebelum ini. Seperti pokok limau purut dan limau kasturi di bawah. Lama pokok-pokok ni layu. Dan lately pokok ni mula mengeluarkan daun. Biarkan dulu mana tau nanti menjadi balik ke kan.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/

    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Dan ini pokok daun kunyit yang ditanam. Asalnya subur lepas tu rosak sedikit demi sedikit. Saya minta Encik Suami cabutkan sahaja. Dan semalam baru saya perasan anak kunyit ni tumbuh semula tetapi dicabut si Imaan Maryam. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Kat rumah ni dulu ada tanam ciku, rambutan dan mangga. Bila dialih di luar rumah habis semuanya kena mesin orang dan lokasi  pokok ciku hari tu terpaksa dibuang kerana SAMB nak betulkan paip.
  • Dalam kawasan rumah ni masih ada pokok delima dan limau yang Encik Suami belum pindahkan ke atas tanah. Harap menjadi la ye.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...