Skip to main content

175 - MUDAHNYA BERAQIQAH MELALUI EZ QURBAN SDN BHD


Bismillahirrahmanirrahim 

AQIQAH ANAK  KETIGA

Pada asalnya, semasa hamil dahulu memang saya fikir nak adakan majlis aqiqah serentak dengan majlis cukur jambul dalam tempoh maternity leave. Tapi bila majlis cukur jambul pun dah delayed dan tak sesuai dibuat serentak pada masa yang sama, maka saya terus tukar plan laksanakan aqiqah dengan EZ Qurban. Saya nak laksanakan aqiqah seberapa segera sebelum laksanakan ibadah qurban untuk Inas Sofea pada tahun ini. Semasa Imaan Maryam, kami laksanakan aqiqah semasa saya dalam pantang serentak dengan cukur jambul, qurban pula ngam2 dibuat selepas 44 hari berpantang. Dan semasa Inas Sarah, cukur jambul dibuat semasa tempoh berpantang tapi aqiqah kami buat lambat semasa Anak Syurga ini berusia 7 bulan serentak dengan majlis kenduri doa selamat masuk rumah baru. Kami tak sempat menjalankan qurban untuk Inas Sarah kerana sebelum Aidililadha berikutnya, Inas Sarah dijemput pulang menghadap Allah.

KENAPA AQIQAH DENGAN EZ QURBAN?

Pengalaman pertama berurusan dengan EZ Qurban memang memudahkan. Pada asalnya memang tak pernah plan pun untuk menggunakan khidmat syarikat ini. Tapi idea muncul bila jenuh memikirkan tarikh dan pelbagai keperluan lain untuk melaksanakan aqiqah untuk puteri ketiga kami. Semasa terdetik nak beraqiqah melalui EZ Qurban saya search dahulu mengenai pandangan umum tentang syarikat ini. Dahulu pernah juga saya mendengar slot EZ Qurban bersama radio Ikim.Fm. Dan acapkali iklan mengenai syarikat ini berkumandang di radio yang sama. Selepas yakin baru saya menghubungi syarikat ini melalui  aplikasi Whatsapp dan facebook. Yang menguatkan saya nak beraqiqah melalui syarikat ini sebab:

  1. Murah
  2. Mudah
  3. Cepat
  4.  Dibuat di negara-negara yang lebih memerlukan makanan.
  5.  Tak perlu pening memikirkan persiapan majlis dan pelbagai hal remeh.

 BAGAIMANA BERAQIQAH DENGAN EZ QURBAN

  1. Kenal pasti bahagian yang hendak dibuat. Aqiqah atau qurban. Kalau aqiqah kos seekor kambing beserta kos pengurusan dan caj GST sebanyak RM580 sahaja (Memang murah. Mana nak dapat harga kambing below RM600 sekarang). Dan kalau qurban sebahagian cuma RM300, seekor lembu RM2,100.
  2. Buat bayaran ke akaun syarikat, Maybank atau Bank Islam.
  3. Isikan borang penyertaan melalui laman web syarikat , www.ezqurban.org atau melalui WA. (Saya cuma maklumkan melalui WA sahaja dan respond syarikat memang cepat)
  4. Maklumkan maklumat berikut beserta bukti pembayaran:
  • Nama pendaftar :
  • No. IC :
  • Alamat :
  • Emel :
  • No. telefon :
  • Nama anak :

Jika anak baru lahir, maklumkan tarikh lahir dan waktu lahir anak. *


Pihak syarikat akan emelkan resit pembayaran.

*Yang ini saya difahamkan jika kelahiran dalam tempoh 7/14/21 hari,pihak syarikat akan segera menjalankan ibadah aqiqah mengikut tarikh yang diminta. Tapi kalau selepas itu, tempoh masa 1-2 bulan apabila permohonan cukup 100 ekor kambing. Ralat pula saya tak daftar awal kalau tak dapat pahala sunat.


MAKLUMAN SELEPAS PELAKSANAAN

Pihak syarikat akan memaklumkan pembayar tarikh dan lokasi pelaksanaan melalui sijil yang dihantar ke rumah. Macam dalam kes kami,saya membuat bayaran pada 12.02.2016, sijil pengesahan yang diterima menyatakan ibadah aqiqah telah dilaksanakan pada 01.03.2016 di Yogjakarta. Alhamdulillah, selesai sudah salah satu kewajipan ibu bapa untuk Inas Sofea Affendi.
http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...