Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

189 - TIP BELANJA BERHEMAH

Bismillahirrahmanirrahim Dalam keadaan ekonomi masa kini yang tidak berapa baik untuk poket rakyat marhaen seperti kita ni, perkara paling utama mengawal perbelanjaan adalah disiplin dan rajin. Disiplin dalam mengawal aliran tunai, maksudnya kita kena kena fokus dengan setiap nilai yang hendak dibelanjakan dan disimpan. Rajin pula sebab dalam berjimat cermat, banyak benda yang kita kena rajin usahakan. Di bawah ni tips yang akak lakukan untuk kemaslahatan kami sekeluarga. Sebagai menteri kewangan di dalam rumah, akak mengawal dan memberi khidmat nasihat kepada suami dan anak-anak dalam berbelanja. Kemain kan.. Perancangan bajet Ini perkara paling utama dalam mengawal cashflow sendiri. Pendapatan bulanan tu hendaklah disusun keutamaannya bagi mengelakkan defisit. Macam contoh di bawah. Kita kena asingkan perbelanjaan utama dan jangan lupa untuk allocate some amount  untuk saving juga. As for me , saya memang dah buat potongan gaji untuk untuk simpanan di Tabung Haji bagi aka

188 - FRAME GAMBAR MURAH

Bismillahirrahmanirrahim Dalam rumah ni, kami tak banyak gantung frame sebab taknak messy dan crowded.  Ada beberapa frame yang saya beli online dari FB digantung di ruang tamu rumah dan kawasan tengah rumah. Macam khat di bawah ni saya beli kat FB, tapi bingkainya saya tempah berasingan disebabkan seller tak provide bingkai. Kos keseluruhan below RM1,000.00. Saya ada cerita dalam link ini. Frame lagi satu saya beli dengan seller yang sama RM110.00 including postage . Untuk frame di bawah ni, kalau sesiapa nak order boleh tempah dengan kami. (^_^) Ada juga frame dalam bilik anak, Encik Suami design dan  print sendiri. Sesiapa yang nak tempah frame gambar murah boleh Whatsapp 012.2364413. Untuk gambar di bawah saiz A4 tanpa bingkai RM10.00 sahaja ( exclude   postage )

187- BERCUCUK TANAM DI LAMAN SENDIRI

Bismillahirrahmanirrahim Oleh kerana terdapat sedikit tanah di tepi rumah, Encik Suami memanfaatkan tanah sekangkang kera dengan menanam beberapa pokok. Sebenarnya dari awal dahulu kami pernah menanam pokok ciku tapi atas pandangan orang lama tidak dicadangkan untuk tanam dalam kawasan rumah. Dalam masa yang sama ditanam juga pokok rambutan di luar rumah tapi kemarau awal 2014, tak menjadi pulak tanaman ini. Di belakang rumah pernah ditanam pandan, serai, limau purut dan cili. Beberapa tahun lepas tu, mati. Akhirnya Encik Suami tanam di dalam pasu. Cuma serai dan pandan kami tanam semula atas tanah dan menjadi semula. Pelbagai pokok pisang dan pandan Dan sekarang kebanyakan tanaman ditanam di dalam pasu di tepi rumah. Tanaman ini telah membuahkan hasil. Akan datang mungkin akan dialihkan ke atas tanah. Insya Allah. Pokok limau kasturi, pokok limau purut, pokok cili Anak pokok cili, terung dan bendi Dan beberapa pokok buah-buahan masih baru ditanam di atas tan