Skip to main content

187- BERCUCUK TANAM DI LAMAN SENDIRI

Bismillahirrahmanirrahim


  • Oleh kerana terdapat sedikit tanah di tepi rumah, Encik Suami memanfaatkan tanah sekangkang kera dengan menanam beberapa pokok. Sebenarnya dari awal dahulu kami pernah menanam pokok ciku tapi atas pandangan orang lama tidak dicadangkan untuk tanam dalam kawasan rumah. Dalam masa yang sama ditanam juga pokok rambutan di luar rumah tapi kemarau awal 2014, tak menjadi pulak tanaman ini.
  • Di belakang rumah pernah ditanam pandan, serai, limau purut dan cili. Beberapa tahun lepas tu, mati. Akhirnya Encik Suami tanam di dalam pasu. Cuma serai dan pandan kami tanam semula atas tanah dan menjadi semula.
    Pelbagai pokok pisang dan pandan
  • Dan sekarang kebanyakan tanaman ditanam di dalam pasu di tepi rumah. Tanaman ini telah membuahkan hasil. Akan datang mungkin akan dialihkan ke atas tanah. Insya Allah.
    Pokok limau kasturi, pokok limau purut, pokok cili
    Anak pokok cili, terung dan bendi


  • Dan beberapa pokok buah-buahan masih baru ditanam di atas tanah semula. Kat bawah ni pokok durian dan pokok durian belanda. Anak pokok durian tu RM30. Tapi beli di nurseri berbeza. 
    Depan : durian belanda. Belakang : durian muthong
  • 1 pokok mangga harum manis ditanam di dalam rumah. Anak pokok mangga ni beli kat nursery Alai dalam RM25 kot. 1 lagi pokok mangga ditanam di luar pagar. Yang kat luar ni anak pokok mangga Encik Suami ambil dari adiknya. Jenis apa entah.
  • Next plan, nak beli pokok lemon dan petai. Beli yang tut je jimat space. Lain la kita ada tanah berekar boleh berkebun sakan.
  • Ini pokok bunga kantan yang telah membiak. Makan tahun juga nak berbunga. Asal anak pokok diberi kakak kat pejabat dalam 2014 kot. Lepas tu membiak dengan sendirinya dan baru bulan lepas hasil bunga kantan berjaya digunakan dalam masakan asam pedas. Bunga kantan mahal sekarang ni. Ah semua barang mahal kot.
    Pasu dekat pokok kantan, anak benih pokok betik



Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...