Skip to main content

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim 

2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah.

Mac 2018 : Sofea warded. Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded


Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang lain macam semangat dan kerisauannya. Dan ini jugalah kali pertama akak tidur sampai 1.00 pagi untuk update result PRU.Maklumlah akak ni spesies tidur awal dan payah sangat  mata nak berjaga sampai pukul 12.00.  Bertalu WhatsApp Group update macam-macam. Pasca PRU kita pun sedia maklum perubahan pentadbiran dan macam-macamlah yang terjadi yang tak perlu disebutkan kat sini. Satu perkara yang kita kena buka mata, betapa hebat pun pemimpin tu, kuasa rakyat boleh menjatuhkan mereka apabila tiba masa yang sesuai. 

November 2018 : Balik kampung. Macam jauh nau kampung tu. Yalah dah lama juga tak balik Kedah selepas ayah meninggal dunia 2016. Last balik 2015. Rancangan awal memang nak balik kampung bawa mak melawat makcik-makcik. Memang takde plan nak bercuti sangat pun. Ada juga buat itinerary.  Tapi tak ikut pun sebab perjalanan Kedah disusuli ke Pulau Pinang juga. Kat Kedah kami stay di homestay Anak Bukit. Rumah Semi D 2 tingkat. Memang selesa. Kat Penang pun sama dok homestay di Tanjung Bungah. Lawa rumah banglo. Kat luar nampak biasa tapi kat dalam memang lawa kot nak banding dengan rumah sendiri hahaha. Tengoklah kalau rajin nak update perjalanan ke sana dalam entri berasingan.

Disember 2018 : Kursus LCA di Perak. Bawa suami dan anak-anak. Sehari sebelum stay dekat Syuen Hotel. Hotel ni besar. Sarapan best dan variety. Sebelum start kursus, merayau jugalah kat Ipoh ni mengimbau kenangan lalu. Akak dulu masa kecil pernah tinggal kat Ipoh 1986-1991. Akak pergi la melawat sekolah rendah lama, rumah sewa lama. Banyak perubahan. Ada rasa hiba bila mengenang keseronokan zaman kecil dan tak sama dengan apa yang anak-anak zaman ini perlu lalui. Dari segi lokasi pun rasa bersyukur sangat Melaka ni jauh lebih baik dari tempat yang akak pergi tu. Untuk kursus LCA tu penganjur tempah M Roof Hotel. Hotel baru selesa kami berempat. Hotel ni siap ada dobi self service untuk customer. Dobi sebelah swimming pool. Semua baju dobi kat hotel. Balik Melaka tak payah nak mendobi lagi, terus susun masuk almari. Disebabkan pergi 2 hotel berturut-turut, si Sofea asyik la ajak pergi hotel. Tak boleh tengok iklan Trivago tu. Haha hadoi. 

3 hari sebelum penutup 2018, buat potluck dengan kawan-kawan pejabat kat rumah. Walaupun ramai tak join sebab clash dengan aktiviti kekeluargaan yang lain tapi puas hatilah. Kami siap buat game untuk anak-anak. Sempat ambil gambar masa aktiviti anak-anak je. Gambar lain memang tak ambil pun. Tak teringat langsung. Food banyak berlebihan. 


Tu jelah kot yang teringat nak highlight event 2018. Takde gambar sebab malas nak cari gambar dalam henpon.





Comments

Popular posts from this blog

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.