Skip to main content

2 : INSPIRASI BLOG




Assalamualaikum
         i.            2007 – blog pertama dibaca nurjeehan.wordpress.com
       ii.            Since that, tak tau dari mana blog walking bermula. Tapi ingat tak ingat antara blog terawal diikuti seperti berikut :
·         litium.wordpress.com : kelakar la mamat ni sempoi je entri. Tak pasti sama ada blog ini masih wujud lagi ke tak sebab tuan blog dah berpindah ke adiman.net yang lebih focus kepada fotografi.
·         tuantanah.wordpress.com : masih diikuti sampai sekarang walaupun tak selalu. Kredit kepada tuan blog kerana beliau turut mempengaruhi dunia bacaan saya dengan rebiu buku-buku bacaan beliau sehingga saya turut terpengaruh kepada ujanailmu.com. DAN saya turut mencari buku yan dibaca beliau menerusi mphonline.
·         hanakirana.wordpress.com ---> hanakirana.com ---> hanakirana.wordpress.com : rantaian blog dari tuan yang sama. Saya suka dia. Dia seorang doctor falsafah/saintis. Saya suka idea dia. Saya suka pada obsesi dia pada andrea hirata satu ketika dulu. Betapa dia turut pengaruhi saya untuk mengenal dan terus menelaah karya andrea hirata. Dia seorang kelakar dan factor usia menjadikan dia lebih serius daripada biasa. Saya akan terus sukakan dia kerana dia menulis menggunakan minda bukan setakat hati. Dia pernah hadiahkan saya tanah dari gunung berapi di Negara .. (hahaha saya dah lupa tapi sampul dan kandungan tanah itu masih dalam simpanan saya). Saya doakan yang baik-baik untuk kamu Dr Hana.

      iii.            Mereka antara sumber terawal yang menyebabkan saya leka menjadi seorang pembaca blog pada zaman bujang dahulu.
     iv.            Itu dahulu, kini bacaan ke atas blog lebih variety. Blog mak-mak, blog masak-masak, blog gossip (hihi) dan apa ntah lagi.
       v.            Saya tidak meletakkan diri saya sebagai apa dalam komuniti ini. Saya tidak mahu menjadi / meniru orang lain. Saya cuma berharap saya menjadi lebih baik dari hari ini pada masa-masa akan datang jika dipanjangkan usia. Kerana saya menulis untuk diri untuk keluarga.

NOTA :
Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...