Skip to main content

4 – KEPELBAGAIAN ITU SATU PELAJARAN



Assalamualaikum.
  • Selepas graduasi, saya bekerja dari Melaka (firma kecil) ke Kuala Lumpur (badan berkanun) ke Negeri Sembilan dan kembali ke Melaka (setakat ini).

  • Semasa di KL, saya bergaul dengan rakan sekerja dari pelbagai peringkat umur, negeri asal yang berbeza.

  • Ya saya gembira di sana walaupun dalam kota yang sangat sibuk. Seronok bercampur dengan ramai dan ragam orang. Sehingga pada Mei 2008, saya ditawarkan ke satu agensi yang berkhidmat untuk rakyat. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

  • 2008-2010 di Negeri Sembilan, saya belajar untuk lebih berdikari dengan kemudahan yang terhad jika dibandingkan di KL yang serba serbi lengkap fasilitinya.

  • Di sana saya belajar tentang orang tentang negeri. Budayanya tingkahnya semangatnya dan pelbagai lagi.

  • Kembali ke Melaka, ianya sama seperti di Negeri Sembilan.

  • Budaya itu satu cara hidup. Setiap tempat ada budayanya. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian etnik dan budayanya. Itu fakta.

  • Mengenal orang kita belajar tentang kebaikan dan keburukan. Mana yang baik kita jadikan tauladan dan begitu sebaliknya.

  • Satu pelajaran : pandai-pandai membawa diri bukan sahaja di tempat orang tetapi juga di tempat sendiri kerana persepsi orang boleh membawa maksud berbeza.

  • Pergaulan yang tidak terhad kepada satu bangsa dan agama sesuatu yang amat bermakna.

  • Kembali ke Melaka saya ditemukan dengan seseorang yang baik. Orang beragama itu baik kerana semua agama mengajar pengikutnya membuat kebaikan. Dia bukan seorang Melayu dan Muslim. Tetapi dia mengajar saya tentang hidup dalam membuat kebaikan.

  • Saya teringat kembali satu slot ‘Islam Agamaku’ di radio IKIM beberapa minggu lepas. Panelnya seorang Chinese muslim. Teringat apa yg disebut beliau amat menyengat lebih kurang begini, ‘ Jangan kira berapa banyak kebaikan kita lakukan untuk menarik orang kepada Islam tetapi fikirkan berapa banyak keburukan kita telah lakukan hingga menjauhkan orang daripada Islam’.

  • Saya bukan mahu menjadi ustazah. Tetapi bila fikir balik kebenaran kata-kata itu membuat saya terus mengiyakan kenyataan yang berlaku di sekitar saya. Saya muslim. Tetapi tingkah saya tidak sebaik kawan non muslim saya di atas.

  • Jujurnya, saya amat menyenangi kawan saya itu. Hingga saya berdoa satu hari nanti terbuka pintu hatinya pada agama yang syumul. Amin…

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...