Skip to main content

11 - RECAP 2013



Assalamualaikum.

  • Tiada yang lebih istimewa dan terindah saat melahirkan adik pada 27 Mei 2013. Cerita tentang kelahiran adik akan ada pada entri akan datang, insyaAllah.

  • 19/8/2013, hari pertama anak-anak dihantar ke taska meruntun jiwa seorang ibu bila si adik yang masih refuse untuk menyusu secara terus melalui botol dan si kakak yang meraung tidak mahu ditinggalkan di taska.

  • Kakak, ketika kamu 7 bulan, kamu pernah dihantar ke taska yang sama. Tetapi hanya 3 hari, ayah bawa kamu pulang selepas tidak sanggup melihat kamu menangis dengan bubur dan susu yang dihantar bagai tidak luak. Lalu kamu dijaga oleh makcik kamu sehingga kamu berusia 11 bulan.

  • Apabila ummi disahkan mengandung, kita berdua berpindah semula ke rumah mak bila daya tahan diri ummi agak kurang ketika mengandungkan adik . Sejak kamu lahir sehingga kamu 6 bulan, mak yang banyak berkorban menjaga kamu. 6 bulan pertama menjadi ibu, bukan perkara mudah untuk ummi dan ayah menjaga kamu. Disebabkan itu, kamu berada di dalam jagaan mak dan ketika kamu 6 bulan lebih kita kembali duduk bersama ayah.

  • 16 bulan selepas kamu ayah ambil dari taska tersebut, ummi dan ayah tiada pilihan lain untuk menghantar kamu dan adik ke taska itu semula. Kami tidak dapat mencari penjaga lain untuk kamu berdua. Hari pertama kamu di taska, ummi dimaklumkan kamu tidak mahu makan minum atau menyusu. Kamu berlari kepada ummi dan ayah pada petang hari pertama itu dengan eksperesi muka hendak menangis. Minggu pertama minggu yang amat menyeksakan ketahanan emosi  ummi dan setiap hari mak dan makngah kamu akan mengikuti perkembangan kamu.

  • Ummi kena kuat. Sejak itu, ummi menghantar kamu ke taska dengan dialog yang ummi pun dah tak larat nak memujuk kamu. Hampir 4 bulan, baru kamu tidak menangis sepanjang tempoh pergerakan kita ke taska. Alhamdulillah betapa lega hati ummi.

  • 2013 juga menyaksikan serahan kunci rumah bertukar tangan. Alhamdulillah, rumah yang ummi dan ayah beli ketika mengandungkan kakak dua tahun lepas berjaya diperolehi selepas kelahiran adik. Tempoh 2 tahun mengundangkan pelbagai rasa dengan karenah pemaju.

  • Alhamdulillah pada 2/11/2013 kita telah berpindah ke rumah kita. Rumah untuk keluarga kecil kita. Proses membuat ubahsuai dengan pelbagai pihak bukan perkara mudah. Kami berurusan dengan 3 kontraktor berbeza daripada 3 jenis bangsa. Bukan mahu mengecilkan bangsa sendiri tapi hakikatnya berurusan dengan bangsa lain jauh lebih mudah dan sayang attitude orang kita kadang-kadang tidak mahu berubah untuk maju ke hadapan. Ini semua pengalaman dan pengajaran dalam menguji tahap sabar ummi dan ayah sentiasa dalam keadaan yang sabar dan tenang.

  • Anak-anak, rumah ini teduhan kita sekeluarga. Ummi dan ayah mungkin tidak mampu menyediakan rumah yang lebih besar. Tapi syukurlah kita diberi rezeki untuk punya rumah sendiri berbanding ramai orang di luar sana yang masih belum berkemampuan. Semoga anak-anak ummi diberi rasa syukur yang berpanjangan kepada Tuhan Yang Maha Pemberi dan Pemurah.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...