Skip to main content

12 - PENUTUP 2013



Assalamualaikum



  • 28/12/2013 : Kami sekeluarga selamat mengadakan kenduri aqiqah untuk adik Inas dan sekaligus kenduri kesyukuran berpindah ke rumah baru. Gambar tiada, masing-masing sibuk. Gambar yang ada macam tidak relevan untuk menggambarkan suasana sebelum semasa dan selepas majlis. Apapun syukur sebab tanggungjawab untuk adakan aqiqah untuk anak dah selesai. Teringat satu bual bicara di radio IKIM lama dulu, aqiqah ini tanggungjawab dia seperti kita menebus anak itu sendiri daripada Allah. Selagi tidak laksanakan seolahnya anak itu bukan milik mutlak ibu bapa. Biar apa pun tafsirannya, kita semua ini tetap hak milik mutlak Allah dari segumpal darah sehingga ditarik nyawa oleh Izrail satu ketika nanti.

  • Selesai majlis, anak-anak diserang demam. Malam selepas kenduri, badan Imaan dah mula dedar. Isnin terpaksa ambil cuti kecemasan untuk bawa Imaan ke klinik walaupun pada hari itu 30/12/2013 ada event penting di pejabat. Anak-anak tetap menjadi keutamaan.

  • Petang 30/12/2013, ambil adik dari taska, badan adik dah lain macam. Malam tu adik pulak demam. Cuti lagi. Dua hari berturut-turut ke klinik yang sama. 31/12/2013 closing akhir tahun dengan hal anak-anak rupanya di pejabat juga kelam kabut dengan pelbagai masalah.

  • Demam adik berlarutan hingga tahun baru. Merengek, hanya mahu berkepit dan tak mahu orang. Tak mau senyum dan kerap menangis. Penat ummi adik.. demi anak-anak demi membesarkan anak-anak ibu mana dan ayah mana akan mengeluh kesah untuk hadapi kesakitan dan kepenatan menjaga amanah Allah.

  • Mendengar berita, membaca cerita si ibu atau bapa atau kedua-duanya mendera memukul anak-anak, tak sayangkah mereka pada zuriat sendiri? Yang lahirnya dari cinta dua manusia. Itu belum kita ambil kira berapa  ramai anak-anak yang dibuang baik masih bernyawa atau tidak. Betapa cinta bertunjangkan nafsu semata-mata menyebabkan ramai yang meletakkan akal di hujung jari kaki. Jauhkanlah perkara ini dari keturunan kami kawan-kawan kami dan orang sekeliling kami.

  • Ya Allah Kau peliharalah zuriat kami daripada unsur tidak baik, dekatkan kami kepada perkara mahmudah, lindungi kami dengan Kasih SayangMu.

  • Buat anak-anak ummi, tatkala melihat kamu sakit, ummi berharap biar ummi yang menanggung sakit kamu. Semoga kamu berdua membesar menjadi anak-anak yang solehah. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...