Skip to main content

17 - IMAAN MARYAM AFFENDI

Bismillahirrahmanirrahim.

Asssalamualaikum.


  • Imaan anak yang sensitif.
Bila inas suka tarik rambut ummi, imaan akan tarik balik rambut inas. Alahai kakak, adik tu kecil lagi.Pernah sekali otw balik dari taska, imaan ketuk kepala adiknya. Bila saya marah, saya akan kata 'ummi tak nak kawan dengan imaan'. Imaan akan cakap 'sayang ummi'. Kalau saya marah tak peduli kata sayangnya, imaan akan terhegeh-hegeh datang ke saya dan peluk sambil cakap sayang ummi. Begitu juga, jika di rumah bila saya marah dia akan lagi mendekati saya walaupun saya buat-buat tak peduli kehadirannya.
  • Imaan anak yang jujur.
Imaan akan mengaku segala kesilapan yang dilakukan. Contohnya, dulu lebih 3 bulan imaan menangis ketika dihantar ke taska. Ceritanya di sini . Jika sesiapa (ahli keluarga kami) sahaja akan tanya siapa yang menangis pegi school, imaan akan jawab nama dia. Sekiranya ada air yang ditumpahkannya di rumah, dia akan mengaku dia yang buat. Anak kecil, jiwanya suci bersih. Imaan, ummi doakan hati imaan akan tetap dipelihara Allah dari kotoran dan fitnah dunia.
  • Imaan pencetus keceriaan adik.
Inas bukan anak yang mudah mengeluarkan suara jika diagah berbanding sepupunya Naurah yang akan gelak besar walaupun baru berusia 3 bulan. Hatta dengan kami ummi dan ayah pun susah buat inas ketawa. Tapi dengan imaan, inas boleh ketawa terkekek walaupun imaan hanya dengan jelingan lucu dan sedikit suara. 
  • Imaan anak yang bijak.
Bukan senang untuk memujuk imaan untuk membaca ABC dan 123. Tetapi dalam kepayahan menghantar ke taska, imaan belajar menyanyi, berzikir dan 123 ketika di taska. Sebelum 2 tahun, imaan sudah boleh hafal 1-10, menyanyi lagu air pasang pagi, mendodoikan adik dengan zikir lailahaillah muhamadarasulullah. Sekarang, dalam kereta ketika bermain, macam-macam lagu akan keluar dari mulutnya. Saya dapati imaan suka menghafal apa yang disukainya.
  • Imaan tidak peramah tapi suka berkawan
Kami dapati imaan bukan seorang peramah tetapi ketika membawa imaan ke playgorund baru-baru ini, dia tidak mahu bermain. Tetapi apabila ada kanak-kanak lain menghampiri tempat mainannya, dia akan mendekati kanak-kanak tersebut. Bila ditanya imaan nak kawan ke? Imaan mengiyakan. Alahai kesiannya. Tunggu adik inas besar buat teman bermain. Satu ketika, kawan baik saya datang ke rumah. Imaan keluar bermain dengan anak kawan saya (nabihah). Apabila dia ternampak jiran depan rumah mandi kolam, imaan dan nabihah berdiri depan pagar rumah tersebut. Jiran kami membuka pagar dan mengajak imaan dan nabihah masuk. Imaan menarik nabihah masuk tapi nabihah tidak berganjak. Mungkin malu.
  • Imaan bukan seorang yang penyabar
Hah yang ini mewarisi sifat saya yang tidak boleh menunggu. Dan-dan tu jugak nak. Anak perempuan lasaknya tidak seperti anak lelaki saya kira. Setakat ini saya masih boleh menangani sikap tak sabar yang diwarisi itu. Hihi.

Ini sebahagian daripada karakter imaan. Ummi ayah dan adik sayang imaan maryam affendi ketat-ketat.

http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
* Di Water World
http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
Raya 2013



Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...