Skip to main content

22 - S Untuk Semua

Bismillahirahmanirrahim  
Assalamualaikum.
  •  Minggu lepas dalam perjalanan balik kerja. Satu segmen sedang ke udara di IKIM.fm.
  • Suara seperti Ustazah Norhidayah. Saya cuma teka kerana saya lewat membuka radio.
  • Isunya tentang perihal rumah tangga.
  • Tips bermula dengan huruf S.
  • Saya tak pasti S pertama yang saya dengar, sebab telah separuh jalan.
  • Yang pasti S itu berkaitan tentang tanggungjawab suami untuk membimbing si isteri ke jalan Allah. Semasa lafaz akad 'Aku terima nikahnya', sebagai lelaki yang menyayangi wanita yang dinikahinya adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membawa si isteri jalan ke Syurga.
  • Simpati hendaklah adalah di dalam rumahtangga. Supaya si suami memahami tanggungjawab isteri masa kini bukan sahaja membantu suami mencari rezeki memandangkan kos kehidupan yang menuntut kerjasama kedua belah pihak memantapkan ekonomi keluarga. Malahan tanggungjawab isteri juga untuk menguruskan rumahtangga dan anak (anak). Sekiranya ada simpati di dalam rumahtangga, si suami akan membantu si isteri menguruskan kerja-kerja rumah dan ini dapat meringankan tugasan si isteri.
  • Dalam melayari rumahtangga kita hendaklah menyelami (Selam) hati pasangan masing-masing. Perumpamaan seperti kita meyelami dasar laut. Makin ke dasar kita selam, kita akan dapati betapa cantik dan indahnya alam ciptaan Allah. Begitu juga hati pasangan kita. Kadang-kadang kita terlalu meminta mengarah dan tidak memahami setiap tindak tanduk pasangan. Kita menunding jari tanpa kita selami apa yang ada di dalam hati mereka. Komunikasi adalah cara terbaik untuk kita faham apa yang ada di lubuk hati.
  • Sebagai pasangan juga kita hendaklah saling bertindak balas kepada pasangan. Kita hendaklah saling bekerjasama dalam memastikan rumahtangga yang dibina kekal utuh. Jangan letakkan tanggungjawab kepada seorang sahaja kerana apabila dua jiwa bersatu tenaga dalam menangani roda kehidupan alam perkahwinan, insyaAllah jalan menuju bahagia sentiasa ada di hadapan.
  • Saya gagal untuk 'recall' apa lagi S yang ada. Cuma ada dua soalan daripada pendengar yang menyengat kepada saya.
  • Satu - pendengar pertama mengutarakan soalan bagaimana untuk mendidik suami ke arah jalan kebaikan.
  • Jawapan pertama - kata Ustazah tersebut, memang sukar untuk seorang isteri membawa suami ke arah hidup yang lebih positif dan lebih berkah. Sebab itu tanggungjawab lelaki itu besar kerana kemampuan mereka dan hikmah diberi 9 akal sedangkan perempuan ini dengan 9 emosi. Kesimpulan yang boleh saya kutip ialah usaha isteri untuk membentuk suami akan mengambil masa. Bersabarlah dan buatlah dengan nawaitu yang betul yakni buat kerana Allah bukan kerana tanggapan manusia di luar. Dan 'reserve'kan sedikit keyakinan bahawa sekuat mana pun kita berusaha, tawakallah sebab ketentuan untuk suami berubah itu adalah di dalam kuasa Allah kerana dia yang lebih tahu masa yang tepat si suami akan diberi hidayah.
  • Soalan dua - bagaimana suami hendak meyakinkan isteri apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan si isteri.
  • Jawapan ustazah, perkara ini senang kerana ini memang telah menjadi asbab seorang lelaki menjadi suami. Suami boleh menjemput ustazah ke rumah untuk mengajar agama atau jika tiada kemampuan, suami sendiri membawa isteri menghadiri majlis ilmu. Kata ustazah, sepatutnya seorang isteri yang baik akan bangga jika ada suami yang sanggup mencari jalan untuk membawa isteri ke arah kebaikan. Saya yang mendengar juga jadi teruja jika berada dalam situasi yang ustazah sebutkan.
 
Sumber : Google

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...