Skip to main content

23 - TIPS DI DAPUR

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.
  • Tajuk macam hebat benar di dapur je. Tak sangat..
  • Tapi berkongsi dengan apa yang dilihat di TV. Rancangan 'Makan' di Astro Maya menyediakan beberapa tips di dapur sebelum tamat episod selama setengah jam.
  • Honestly, baru realise rancangan ni dan baru dua kali tengok.
  • Tips ini mungkin sudah familiar pada certain orang tapi berfaedah untuk saya.
  • Antara tips yang dikemukakan (ni mana yang ingat la).
Cara memastikan papan pemotong tidak bergerak.
 Letakkan kain yang lembap di bawah alas papan pemotong bagi mengelakkan papan pemotong bergerak.

 
 
Cara mencairkan butter yang keras di dalam peti ais
Sekiranya kita hendak menggunakan butter yang masih keras dengan segera, sila sagatkan butter tersebut pada papan penyagat. Apabila butter tersebut telah disagat menjadi kepada ketulan kecil/halus, butter ini akan lebih cepat mencair.

Cara membuang biji/batang cili benggala
Potong bahagian bawah dan atas cili tersebut.  Kemudian, keluarkan bahagian dalam batang/biji cili dengan lebih mudah.




Cara membersihkan penyagat/pemarut keju
Jika menggunakan kain atau span, penyagat tersebut tidak dapat dibersihkan dengan baik kerana ruang-ruang kecil dan tajam. Ini akan memberi ruang kepada bakteria untuk membiak sekiranya alatan ini tidak dibersihkan dengan betul dan teliti. Oleh itu, cara  yang baik ialah membersihkan dengan menggunakan berus gigi.


Cara menggunakan minyak zaitun yang hampir tarikh tempoh luput
Minyak zaitun terbahagi kepada dua jenis :
  • Minyak zaitun biasa
Minyak zaitun biasa kita guna dalam masakan sebagai alternatif kepada minyak kelapa sawit sebgai bahan untuk menumis contohnya.

  • Minyak zaitun extra virgin    
Minyak extra virgin biasa digunakan sebagai tambahan perisa ke dalam salad.

Minyak zaitun yang hampir tamat tempoh luput jangan dibuang jika khuatir tentang keselamatannya kerana minyak terbut boleh dicampur dengan minyak kelapa sawit sedia ada. Malahan dikatakan boleh menambah rasa kepada masakan.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...