Skip to main content

25 - UBAHSUAI RUMAH - KITCHEN CABINET


Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

  • Once bila kami dah decide kontraktor mana, dia terus datang buat kerja. Design kabinet kami yang buat cuma kami perlu pilih material dan warna apa yang dikehendaki. Daripada warna hijau kami pilih warna coklat gelap.
  • Upah untuk siapkan Kitchen Cabinet (KC) ni dalam RM7,800.00 tidak termasuk hood dan hob. Masa dapat kunci rumah bulan 8 2013, target masuk rumah baru pada bulan 11. Kontraktor mula buat kerja mid of September. Dengan kontraktor ni juga kami upah untuk simenkan bahagian belakang rumah dan naikkan sedikit tembok pembahagi dengan rumah sebelah.
  • Pemantauan kerja memang kerja encik suami sebab masa ni saya dah mula bekerja selepas tamat maternity leave 90 hari. Cuma kadang-kadang balik kerja ada juga encik suami bawa lawatan tapak dengan anak-anak.
  • Kesimpulannya kami berpuas hati dengan kerja yang dilakukan. Jika ada yang lebih baik daripada kami, luar pengetahuan kami sebab kami pun tak survey banyak memandangkan target masuk rumah tu agak cepat. Bukan apa potongan rumah dah start sejak bulan Mei 2012, kos sewa nak ditanggung lagi, itu dah merugikan ekonomi keluarga kami hihi.
  • Bila tengok KC rumah orang yang offer harga labih baik dengan output yang menarik saya kira itu rezeki atas usaha masing-masing. Saya ada menjengah KC jiran sebelah semasa open house 2013, kos KC mereka RM11k. Mungkin harga material di Melaka lebih mahal daripada harga di sekitar Selangor. Lokasi juga memainkan peranan dalam penentuan harga barangan.
  •  
    Step 1
  • Step 2



Step 3

Step 4
Selesai


Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...