Skip to main content

26 - UBAH SUAI - PEMASANGAN GRILL

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

  • Pemilihan kontraktor Melayu untuk pemasangan grill ini kami buat berdasarkan harga dan kesungguhan beliau yang kerap update status compare to others.
  • Untuk grill tingkap dan pintu dapur kami pilih material besi biasa. Cuma untuk pintu sliding dan pintu hadapan sahaja kami pilih material wrought iron.
    Sliding door


  • Kontraktor ada suggest stainless steel. Wah mahal tu. Bajet pun tak banyak kan so jangan terpedaya dengan cakap orang. 
  • Ikutkan perjanjian grill boleh siap dalam 2 minggu. Kami accept je. 
  • Dengan kontraktor yang sama kami upah untuk pasang awning belakang rumah.
    Awning belakang
  • Mula-mula kontraktor ni ok.
  • Tapi lepas tu prestasi merundum. Dari tempoh masa datang pasang dah la tidak seperti dijanjikan - lambat.
  • Siap pasang, salah design pulak tu sedangkan masa datang ukur bukan main teliti dan faham requirement kami.
    Nampak tak jalur besi tu tak selari dengan saiz tingkap?
  • Sudahlah salah, pasang awning pun sambil lewa. Kerana kelambatan kerja mereka, ini memberi kesan kepada kerja pihak lain seperti team wiring kerana pada awning tersebut akan dipasang 2 unit lampu.
  • Hasilnya, memang kena marahlah kontraktor tu. Dan kesimpulannya, kami memang serik dan tidak akan sekali-kali syorkan dia pada mana-mana pihak.
  • Sayang kerana prestasi rendah, kemungkinan hilang banyak job memang tinggi.
  • Kita ni nak berniaga tolonglah serius. Macam mana orang Melayu nak cepat maju kalau attitude tidak berkembang dengan positif.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...