Skip to main content

28 - SENARAI KOS UBAHSUAI

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

  • Ini kos yang saya sediakan untuk pemantauan berapa aliran tunai keluar. Yang ini tidaklah details mana. Banyak lagi perbelanjaan runcit yang tidak termasuk di dalam pengiraan ini. Walaupun runcit kalau kita accumulate banyak juga. Sangatlah kalkulatif.
  • Saya prepare bajet ni lepas dapat kunci rumah. Dapat kunci dalam 19 Ogos ke tak silap. Itu yang ala kadar tapi boleh la setakat nak guide our cashflow je.

Senarai bajet perbelanjaan rumah kami

  • Untuk calculation ni takde la tepat sangat figure yang ada. Sebab banyak gak kos yang tidak diambilkira. Macam kos langsir tu, untuk harga beli railing dan pencangkuk tak diambil kira. Itu cuma kos beli kain dan upah jahit sahaja. Still saya rasa berbaloi.
  • Terdapat juga a few items dalam calculation ni tak dikemaskini macam kos frame dan cermin. Benda dah beli, sebab resit encik suami tak bagi maka tidaklah ia dimasukkan ke dalam pengiraan ini. Sama juga untuk tolieteries rack tu untuk satu bilik air je. Kos bilik air satu lagi tak diambilkira.
  • Kami berbelanja mengikut tunai yang ada dalam simpanan. Jadinya ubahsuai atau tambahan yang dibuat hanyalah berdasarkan simpanan yang ada. Ikut nafsu memanglah macam-macam nak buat. Tapi kita buat berdasarkan keperluan bukan kehendak.
  • Memikirkan wang pun tak banyak, usahlah pulak demi prinsip berbelanja untuk ubahsuai ni sekali je biar buat habis-habisan, kita sanggup pula berhutang dengan bank atau sesiapa sahaja. 
  • Pada saya biar ala kadar asalkan saya tak pening kepala nak bayar hutang setiap hujung bulan. Lain padang lain belalang. Tepuk dada tanya akal.
  • InsyaAllah, kita kumpul duit sikit-sikit untuk ubahsuai yang lain. Ada rumah sendiri tipu la sekali tu je kita nak ubahsuai. Sikit-sikit mesti ada pada masa-masa yang akan datang. Ada rezeki lebih buat pulak yang lain. Banyak lagi keperluan yang menuntut perhatian.



Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...