Skip to main content

32 - TIPS DI DAPUR 2

Bismillahirahmanirrahim  
Assalamualaikum.

Ini untuk peringatan saya. Biasalah akak ni selalu sangat lupa sekarang.

CARA  UNTUK KELUARKAN BIJI CILI TANPA PERLU MEMOTONG KESELURUHAN BAHAGIAN
Potong bahagian depan/ kepala cili.  Kemudian tekan/picit cili tersebut dari bahagian ekor sampai ke bawah menggunakan jari anda untuk mengeluarkan biji cili.




CARA UNTUK MENGGUNAKAN LIMAU NIPIS
Jika kita menggunakan parutan kulit limau sebagai bahan untuk masakan, pastikan kulit limau tidak diparut lebih awal kerana khasiat dan fungsi kulit limau hanya bertahan untuk beberapa minit sahaja. Manakala sekiranya mahu mengeluarkan air limau dengan lebih mudah dan banyak secara manual, ketuk dahulu buah limau menggunakan batu lesung. Kemudian baru potong dan perah.




CARA UNTUK CAIRKAN MADU YANG BERTUKAR KRISTAL
 Jika kita membeli madu biasa yang selalu digunakan untuk tujuan masakan, kemungkinan madu menjadi keras adalah tinggi. Oleh itu, untuk mencairkan semula madu tersebut, letakkan air panas di dalam mangkuk, kemudian baru letak botol madu di dalam mangkuk air panas tersebut. Untuk lebih cepat, letakkan botol madu di dalam semangkuk air dan panaskan di dalam microwave untuk 1/2 minit. Botol madu hendaklah disimpan di dalam tempat yang sejuk dan gelap.

CARA UNTUK MENGELAK AIR REBUSAN SPAGHETTI DARI MENGALIR KELUAR DARI PERIUK 
Sekiranya kita hendak merebuskan spagheti/macaroni atau yang seangkatannya, adakala air rebusan akan keluar jika terlebih air di dalam periuk rebusan. Oleh itu, untuk mengelakkan air rebusan dari melimpah keluar, pastikan air tidak terlalu banyak dan letakkan sudip kayu secara melintang di atas periuk rebusan.

CARA UNTUK MENGENALPASTI SODA BIKARBONAT MASIH ELOK ATAU TIDAK
Soda bikarbonat bukanlah satu bahan yang kita kerap gunakan untuk memasak. Kadang-kadang untuk penggunaan seterusnya, soda tersebut telah hampir atau telah tamat tempoh luput. Untuk mengenalpasti sama ada soda boleh digunakan lagi atau tidak, campurkan soda tersebut d di dalam mangkuk yang dicampur air. Sekiranya terdapat letusan kecil itu menunjukkan soda tersebut masih boleh digunakan tetapi jika tiada tindakbalas, buangkan sahaja soda tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...