Skip to main content

34 - DARIMU KAMI DATANG KEPADAMU KAMI KEMBALI

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum


  • Pagi semalam 17/2/2014,  ketika baru tiba di pejabat bertalu2 mesej masuk dalam group whatsapp batch kami. 
  • Dikhabarkan salah seorang teman sejawatan meninggal dunia.
  • Saya terkedu bagaikan sukar terima hakikat. Dia di Putrajaya. Kali terkahir bertemu hujung 2012 ketika dia datang menjalankan pengauditan di pejabat saya. Itu kali akhir saya bertukar cerita dengannya. Walaupun tidak rapat tapi kami sama batch 2008.
  • Dalam umur 31 tahun dia pergi menyahut panggilan Illahi dengan meninggalkan seorang anak yang masih kecil.
  • Tiada sakit dalam hayatnya. Berita yang diterima menyatakan arwah meninggal di rumah. Si suami mnyedari mulut arwah berbuih, panggil ambulans, nafas sudah terhenti.
  • Ramai teman-teman di Putrajaya memberi penghormatan dengan mengunjungi mayat di Hospital Putrajaya.
  • Post Mortem pagi yang sama menyatakan pembuluh darah di otak telah pecah. Allahu Akbar.
  • Makluman daripada teman juga menyatakan minggu lepas arwah baru membuat pembentangan bajet untuk jabatan baru.
  • Kemungkinan berpunca dari stress. 
  • Arwah yang dikenali orangnya softspoken dan pendiam. Dia baik dan lembut.
  • Apakah tuntutan kerja sekarang menyumbang punca. Saya tidak pasti. Saya payah untuk terima berita ini.
  • Benar hati saya penuh dengan taman. Walaupun saya jenis sukar pamer emosi.
  • Berita kematian berita yang paling akhir sekali saya mahu tahu.
  • Itu antara punca saya amat sukar untuk ke hospital kerana daripada dulu saya selalu beranggapan hospital tempat kesedihan.
  • Saya ingat dulu semasa masih belajar, selepas menziarahi seseorang, tidak lama selepas itu saya akan terima berita kematian.
  • Satu perkara yang selalu bermain di minda saya, bagaimanakah nasib si mati di dalam kubur. Sudah bersediakah dia untuk berhadapan Mungkar dan Nakir.  
  • Saya amat berharap si mati dan saya kelak membawa cukup bekalan ke alam Barzakh.
  • Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).

  • Masa berlalu saya belajar untuk terima hidup ini hanya pinjaman. Cepat lambat masa kita akan tiba untuk menerima salam Izrail.
  • Punca kematian terlalu subjektif. Tetapi kematian dengan tiba-tiba memang meragut emosi yang bukan sedikit.
  • Untuk keluarga Wan Rohany Wan Mokhtar, bertabahlah. Semoga urusan dia di alam satu lagi dipermudahkan. Ya Allah, tempatkanlah temanku ini di kalangan hambaMU yang Kau rahmati..
  • Al Fatihah.
    Sumber google

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...