Skip to main content

35 - BILIK PELBAGAI GUNA

Bismillahirahmanirrahim    
Assalamualaikum. 


  • Dalam rumah kami ada 4 bilik. 
  • Untuk bilik terakhir dan bilik paling kecil, saya jadikan bilik simpanan barang, bilik solat dan bilik simpanan buku.
  • Tapi biasa kami solat di master bedroom. Kadang-kadang je solat kat situ. 
  • Cuma untuk tetamu bilik ni jadi bilik untuk tetamu tumpang solat.
    Dari belakang
  • Bilik ni tidak la kemas mana hehe. Dalam proses nak fikir macam mana nak susun dengan praktikal.
  • Hari tu adalah cadang nak beli meja macam bilik study Pn Fizah tapi bila pergi cari meja di kedai tersebut, stok dah tiada. Frust la jugak. Sebab meja tu cantik, simple dan harga pun ok.
  • Plan dengan encik suami nak make over bilik ni. Masa tu ntah bila la hihi harap tak lama lagi la.
    Dari depan
  • Rak buku yang tiga sederet ni saya guna since dari study dulu sampai sekarang. Dah uzur sikit tapi still boleh guna. Tu la dah beritau encik suami nak beli yang lebih besar.
  • Sebelah kanan bilik ni tingkap yang menghadap kawasan belakang rumah dan sebelah kiri bilik dinding kosong.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...