Skip to main content

33 - CINTA KASIH SAYANG = PERKAHWINAN

Bismillahirahmanirrahim     
Assalamualaikum.

Sumber Google
  • Sabtu lepas, di TV3 ada cerita Kabhi Alvida  Na Kehna (Jangan diucap Selamat Tinggal).
  • Dahulu saya gemar juga menonton cerita Hindi. Zaman Shah Rukh Khan, Amir Khan, Kajol, Manisha Koirala, Juhi Chawla dan lain-lain. 
  • Sekarang, tidak lagi. Ntah saya tidak gemarkan pelakon dan jalan cerita sekarang. Kita tahu cerita Hindi biasanya cliche. Tapi satu cerita yang terbaik dalam kamus tontonan saya ialah 3 IDIOTS.
    Sumber Google
  • Berbalik pada Kabhi Alvida Na Kehna, saya baru pertama kali tengok cerita ini. Dan pelakon yang saya kira hebat2 menarik minat saya untuk duduk mengadap TV sambil tidurkan Imaan. Tayangan cerita telah bermula kita itu dan saya tidak tahu bagaimana cerita permulaannya.
  • Kesimpulannya cerita ini tentang Shah Rukh Khan (Dev) suami kepada Preity Zinta (Riya) jatuh cinta kepada Rani Mukherjee (Maya) iaitu isteri kepada Abhishek Bachchan (Rishi). 
  • Mereka (Dev dan Maya) mengkhianati pasangan masing2 kerana percaya mereka telah temui cinta sejati di luar hubungan perkahwinan yang sedia ada. Jelas untuk katakan bahawa kedua-dua telah curang kepada pasangan masing2.
  • Sedangkan sebenarnya ibu Dev kawan baik kepada bapa Rishi. Maka terjadilah konflik kerana melibatkan hubungan 'family friend'.
  • Hubungan tersebut kantoi bila kemesraan kedua-duanya dilihat Amitabh Bachchan (bapa Rishi). Maka selepas itu kedua-duanya berterus terang tentang hubungan terlarang masing2 dan 2 perkahwinan terpaksa dibubarkan kerana rasa dikhianati.
  • Dev dan Maya masing2 membawa diri tanpa mengetahui kedua2 mereka tidak terikat lagi pada perkahwinan sehinggalah semasa Rishi menjemput Maya dan Riya hadir pada perkahwinan kali keduanya.
  • Dan akhirnya seperti biasa ending cerita cinta hindi, Dev melamar Maya.
  • Saya suka pada ayat Dev yang lebih kurang membawa maksud mereka mengharapkan cinta sejati tetapi bukan atas duka orang lain.
  • Secara jujurnya saya terkesan dengan cerita ini. 
  • Saya tidak boleh menerima kecurangan. 
  • Tetapi jika itu yang berlaku hati pun telah patah maka perkahwinan biasanya akan berakhir.
  • Itu khabar yang terbaru yang saya terima sehari sebelum cerita hindi ini bila mana seorang saudara terdekat encik suami baru sahaja menalak tigakan isterinya bila isterinya yang sambung belajar di Ibu Kota mula bermain cinta dengan lelaki lain.
  • Kenapa cinta yang kita semai sebelum dan semasa perkahwinan boleh terlerai begitu sahaja. Banyak faktor yang perlu diberi perhatian. Saya boleh terima jika pasangan tersebut belum dikurniakan anak. Tapi alangkah sedihnya bila yang menjadi mangsa adalah anak (anak). Itu yang pernah berlaku kepada saudara saya. Akibat daripada penceraian ibu bapa runtuh moral si anak dan kami tidak ketahui di mana hidupnya saudara tersebut.
  • Curang satu daripada 1001 asbab penceraian. Jika cinta dah beralih arah, pasangan yang kita dah kongsi kisah suka/duka selama ini seperti jadi beban yang mahu disingkirkan.
  • Saya ingat seorang kawan pernah menceritakan bagaimana temannya sendiri yang menangkap isterinya yang bermaksiat dengan lelaki lain di bilik hotel. Gugur jantung.
  • 7 tahun lepas ketika saya menjalani satu induksi di tempat kerja lama. Kawan seangkatan saya bermain kata dengan isteri orang. Ya saya kira dia pandai bermain kata kerana dia pada pandangan saya seorang lelaki jambu. Bukan lelaki jenis Aaron Aziz yang buat orang tergila-gilakannya. Dia biasa-biasa sahaja. Tapi bukan si isteri orang itu sahaja yang merapati dia tetapi kawan baik saya juga turut menyukai lelaki itu sehingga lelaki itu pernah mengajak kawan saya kahwin lari. Syukurlah kawan saya masih sedar yang dia masih ada keluarga dan tunang.
  • Begitu juga, pernah seorang teman bercerita tentang satu skim di dalam kerajaan ini yang mana mereka perlu menjalani kursus 6 bulan. Pernah terjadi kes suami orang dan isteri orang bermadu asmara. Hello awak berkursus untuk mendapatkan kehidupan lebih baik atas restu suami dan redha isteri yang terpaksa ditinggalkan. Mudahnya awak mencari yang lain dalam tempoh yang singkat itu.
  • Dalam kes mencurangi pasangan ini pada saya semuanya berbalik kepada iman masing-masing. Jika kuat iman masing-masing perkara tidak baik ini tidak akan berlaku.
  • Jauhkanlah perkara-perkara tidak baik daripada kami Ya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...