Skip to main content

45 - HUJUNG MINGGU KELUARGA AFFENDI

Bismillahirahmanirrahim      
Assalamualaikum
  • Hujung minggu lepas, pagi Sabtu 8/3/2014 kami ke Senawang Negeri Sembilan. Menghadiri majlis pertunangan sepupu encik suami.
  • Ini perjalanan melalui highway kali pertama untuk adik Inas. Kami sekeluarga jarang keluar dari Melaka untuk tujuan suka-suka. Kali akhir bulan 9 tahun lepas ke Kuantan untuk menghadiri satu bengkel. Tapi adik kena tinggal hanya ditemani encik suami dan Imaan tapi masa itu kami tak lalu highway pun.
  • Saya jadi malas untuk berjalan jauh dengan anak-anak. Tahu la anak kecil kalau datang ragamnya penat ummi.Tambahan lagi cuaca asyik panas je sekarang lagi malas nak keluar berjalan. Hujung minggu asyik balik Telok Mas. Itu rutinnya. Kasihan anak-anak. Nanti ya bila cuaca kembali normal kita pergi mana-mana ok. InsyaAllah.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Adik dah panas
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Sayang ayah
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Kakak berpeluh-peluh
  • Masa kat Senawang ni ada la terdengar sorang makcik ni sembang pasal kapal terbang terhempas. Saya diam. Tak tengok berita. Balik baca whatsapp baru realise pasal misteri kehilangan pesawat MH370 ni. Kesian kan kami laki bini boleh tak alert benda macam ni. Bukan apa malam tu si suami pergi kerja lepas isyak balik lepas subuh. Yang si isteri pulak dah letih malas layan tivi bawa anak-anak buat kerja dalam bilik.
    Sumber : The Star Online
  • Kita semua tahu perkara ni amat serius dan pelbagai berita rasmi dan tak rasmi bertebaran di media sosial. Cuma dalam perkara macam ni, cuba letak diri kita dalam kasut kaum keluarga mangsa terlibat, betapa sukarnya keadaan emosi ketika ini begitu juga para pemimpin yang rasanya tak senang duduk kejap-kejap nak buat sidang media. Tolong ye jangan buat spekulasi. Terima sahaja berita dari pihak berkuasa, cepat atau lambat kita pasti akan tahu kesudahan cerita kehilangan pesawat ini. Apa yang penting kita sama-sama doa yang terbaik dan bantu dalam memberi sokongan moral kepada keluarga mangsa.
  • Balik dari Senawang kami melalui jalan dalam, Rembau-Tampin-Alor Gajah.
  • Sebelum balik, anak-anak dah tukar uniform. Masing-masing elok tertidur dalam kereta.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Punca tukar laluan untuk jalan pulang sebabnya nak singgah Tampin beli lemang. Sebab mak ayah nak datang tidur di rumah kami. Jadi encik suami plan beli lemang. Ayah saya memang suka lemang Tampin ni. Terbaiklah. Tak jumpa lemang sebest yang ni. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Beli di sini
  • On the way dari Senawang ke Tampin apa yang dapat disimpulkan :
    • Musim panas ni banyakkkkk sangat kesan terbakar dan pokok yang kering. Rumput kering tu ok lagi ni ada satu tempat saya rasa kebun durian abis semua pokok tersebut mati kering. Semua ok. Dugaan betul.
    • Rupanya ada pembuat gazebo di kawasan Rembau ni. Nanti kalau cukup bajet boleh la kita pergi buat lawatan tapak.
    • Komuter dah sampai ke Sungai Gadut. Bestnya kalau sampai Melaka. Boleh pergi KL naik komuter je pastu berhenti kat Stesen Bank Negara naik jejantas pergi beli kain kat Jalan TAR. Lama betul tak pergi melawat Jalan TAR.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...