Skip to main content

50 - RAWAK 1

Bismillahirahmanirrahim        
Assalamualaikum

  1. Bulan lepas Ibu Pejabat ada tawarkan pengajian ACCA untuk kumpulan P&P secara separuh masa. Kos pengajian ditanggung sepenuhnya (akak suka sangat kalau bab sponsor ni). Tapi akak tak berdaya nak hantar borang permohonan kerana satu - kelas pada setiap hujung minggu di Cyberjaya, dua - komitmen nak berulang alik Melaka-Cyberjaya (kos pengangkutan dan masa dengan keluarga akan forgone begitu sahaja - nikmat meluangkan masa bersama anak-anak tu yang paling utama), tiga - saya tidak pasti dapat memberi tumpuan pada pelajaran dengan kekangan kerja di pejabat, tugas sebagai ibu dan isteri. Cukuplah tiga. 
    Mungkin jika full time belajar dan di Melaka saya akan ambil peluang. InsyaAllah jika ada rezeki bila anak-anak dah besar sikit, boleh mohon untuk HLP : hadiah latihan persekutuan. Itu pun kalau ada rezeki.
  2. Plan untuk siapkan bilik keempat di rumah seperti dalam entri ini masih lagi belum siap sepenuhnya. Baru 60% work in progress. Haish bila la nak siap.
  3. Tak sabar tunggu bulan April nak cuti. So far dari 1 Januari until now cuti masih belum terusik lagi. Kena simpan cuti banyak-banyak. 6 years in service, GCR untuk 5 years dah 60 days. Ok la tu. Many years to go InsyaAllah. GCR pun limit sampai 150 hari je sepanjang tempoh perkhidmatan. Tahun ni macam taknak simpan banyak nak accumulate dalam cuti tahunan. Motif? Hehe..
  4. Kerja masih menimbun since end of last year. Selepas closing, menghadap kertas kerja sokongan untuk audit negara.
    Dah settle yang itu, masuk pulak audit dalam. Selesai yang ini, Ibu Pejabat minta data yang kena verify untuk tahun 2008-2013. Jawabnya task force kepada anak buah. Ya Allah, moga diberi kesihatan yang baik supaya semua task dapat disiapkan on time.
  5. Hari ni pengundian jawatankuasa kelab. Nominated untuk 4 jawatan teratas. Melobi untuk tidak dipilih haha. Rasa macam tak daya untuk bagi komitmen. Result petang ni untuk dibawa dalam AGM esok.
  6. Encik suami demam. Minta-minta demam biasa-biasa. Sebabnya kalau datang angin demam luar biasa tu lembik habis. Nasib la sepanjang ada anak ni ok je. Ingat dulu masa sarat mengandungkan Imaan, siap berhenti muntah dekat Stadium Hang Jebat. Cepat sihat ye. Takpe Tuhan bagi sakit nak bersihkan dosa-dosa kecik.
  7. Kehilangan MH370 masih menjadi tanda tanya. Spekulasi demi spekulasi amat menakutkan. Apatah lagi jika kita sebahagian kaum keluarga kru mahupun penumpang. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan semua puzzle kehilangan dapat dicantum semula dengan jawapan yang sahih dan menggembirakan. 
  8. Inas dah mula minum susu formula. Maafkan ummi adik, tak dapat fully breastfeed adik. Sigh.... 
  9. Dah dua minggu pergi ke kantor membawa bento untuk anak-anak, suami dan diri sendiri. Gigih rasanya. Seronok sebab dapat masak untuk encik suami hehe. Dan tak payah nak pening makan benda yang sama di kafe. Semoga berterusanlah kerajinan ini. Berkat nutrisi dari Shaklee tak? Apapun dengan izin Allah asalkan niat betul. Kata kawan saya tahun depan boleh beli banglo. Haha setakat buat sarapan je pun saja la tu..
  10. Dah 5 hari hujan berturut-turut ALHAMDULILLAH. Sejuk bumi semoga semua flora menghijau semula. Terima kasih ALLAH!!!

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...