Skip to main content

51 - PENGURUSAN MASA

Bismillahirahmanirrahim        
Assalamualaikum

  • Kadang-kadang saya rasa saya gagal menguruskan masa dengan baik sebab banyak perkara yang saya nak buat masih tidak dilaksanakan. Huhu..
  • Adakah saya perlu merencanakan masa secara bertulis?
  • Dahulu semasa di UiTM saya pernah menyediakan jadual harian saya secara details. Dari mula bangun pagi sehingga waktu tidur siap dengan subjek apa saya perlu buat revision dan untuk berapa lama jangkamasa yang diperuntukkan.
  • Currently, rutin saya harian lebih kurang seperti ini.
  •  
  • Kenapa lebih kurang? Rutinnya setiap hari itu yang dilakukan tetapi tempoh masa tidaklah fixed.
  • Rutin di atas adalah rutin pada hari bekerja Isnin-Jumaat.
  • Mungkin rutin saya tidaklah serigid orang lain atau tidak sesibuk orang lain.
  • Saya jenis orang yang tidak suka rumah bersepah. So setiap hari saya akan pastikan semua peralatan dalam kedudukan yang teratur dan kemas. Walaupun anak main bersepah, saya akan pastikan sebelum tidur semua mainan berada di tempat asal.
  • Malahan kain baju tiada yang tidak berlipat. Ada orang basuh baju hari-hari tetapi kerja melipat dibuat pada hujung minggu. Ini bukan mengata tapi hakikat berlaku kerana ramai kawan pejabat baik sejawatan atau lebih tinggi dari ranking saya turut mengakuinya. Pada saya, baju yang dibasuh, yang kering pada hari yang sama wajib dilipat pada hari yang sama. Penat macam mana pun saya tidak akan biarkan baju dilipat pada esok hari.
  • Pada hujung minggu rutin sedikit berubah kerana pada hujung minggu sesi membersih rumah secara keseluruhan dengan bantuan encik suami akan dilakukan. Untuk mencuci bilik air pertama saya jarang melakukannya pada hujung minggu kerana aktiviti mencuci akan dibuat pada hari bekerja biasanya ketika waktu mandi. Cuma untuk bilik air kedua saya lakukan pada hujung minggu tapi jarang-jarang kerana bilik air ni sendiri jarang sangat diguna kecuali bila ada tetamu datang.
  • Bila menjenguk blog susun atur, saya tidak temui masa untuk mengambil tindakan seperti tuan blog yang lain. Kot kalau ada masa, gangguan kecil oleh anak mesti ada dan ini menyukarkan sedikit kerja tersebut. 
  • Dalam fikiran bukan setakat ini yang saya fikir nak buat tapi banyak perkara tak terbuat. Kita diberi 24 jam sehari 7 hari seminggu 52 minggu setahun. Tempoh masa yang sama tiada terlebih atau terkurang. Kurangnya saya, saya tidak berjaya memanfaatkan masa dengan baik seperti orang lain. Haish...
  • Saya tidak mahu tergolong orang yang rugi. Saya perlu ambil tindakan untuk berubah. Saya perlu menyusun semula jadual harian dengan lebih terperinci.
  • Hmm nampaknya kena buat blogwalking or banyakkan google tentang pengurusan masa. Haish nak buat yang itu pun tak sempat. Nak buat di pejabat, masa break lunch hour je ada masa. Itu pun kalau sempat. Di rumah lagi la tak sempat dengan gangguan si comel.
  • Hei jangan banyak songeh jangan banyak alasan. Cuba cari masa. Plan your time. Focus focus focus.
  • Ya Allah berikan kekuatan...

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...