Skip to main content

52 - INI HANYA PENDAPAT SAYA

Bismillahirahmanirrahim         
Assalamualaikum

  • Minggu ni saya attend satu kursus di Cyberjaya. Best sebab new information, new knowledge, new friend and new experience. Abaikan satu sebab nak cukupkan kursus 7 hari setahun.
  • Normally jika kursus luar Melaka hanya setakat di Putrajaya/Cyberjaya memang berulang hari-hari. Tak sampai hati tinggalkan anak.
  • Pagi 25/03/2014, selepas jam 0000, ntah pukul berapa encik suami khabarkan tadi YAB PM dah announce MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi. Saya diam. Saya bangun check whatsapp pejabat kot ada info lain. Berita itu belum final selagi MH370 atau rangka belum ditemui secara fizikal.
  • Dan pagi itu, semua media mengadakan bacaan ayat Quran. 
  • Dan semasa berada di tempat kursus ramai membincangkan isu besar ini. Rasanya tidak kira siapa walau di mana berada akan memperkatakan tentang MH370 dari 8/03/2014 lagi.
  • Secara peribadi, bukan itu pengakhiran yang saya mahu dengar. Jauh di lubuk hati saya lebih rela jika MH370 ini dihijack instead of terhempas di mana-mana muka bumi Allah ini. Itu perasaan saya yang tiada kena mengena dengan semua penumpang dan anak kapal. Pada saya perasaan itu lebih baik kerana jika dihijack sekalipun, at least nyawa mereka masih ada (InsyaAllah) dan semua pihak berkuasa dan rakyat akan bersatu dan berusaha untuk membayar tebusan jika ada.
  • Rupanya perasaan saya itu turut sama dirasai teman-teman yang kursus bersama.
  • Saya sendiri tidak mahu menerima berita ini sehingga terbukti pihak berkuasa telah menemui bukti kukuh bahawa pesawat ini telah terhempas. Majlis fatwa sendiri tidak membenarkan solat jenazah ghaib dilakukan sehingga pengesahan dibuat dan status semua penumpang masih lagi diklasifikasi sebagai orang hilang.
  • Betul kata CEO MAS, mustahil untuk semuanya hidup di lautan sedalam dan sebesar itu jika benar kapal ini terhempas. Kita harap sahaja kehilangan bukan sebab terhempas.
    Sumber google
  • Cuma saya masih dan amat berharap semua petunjuk yang dikatakan itu tiada kaitan dengan MH370 kerana saya mahu semua mereka kembali ke pangkuan keluarga masing-masing biarpun betapa besar ranjau dihadapi.
  • Saya percaya kita semua mengharapkan keajaiban. Cepat atau lambat hanya Allah Maha Mengetahui asbab ujian berat ini.
  • Itu saya, yang tiada kena mengena dengan semua penumpang dan anak kapal. Saya tidak boleh bayangkan diri saya sebahagian daripada ahli keluarga mangsa. 
  • Sekiranya betul pun dan telah terbukti, kita harap penemuan kotak hitam merungkai segala misteri. Supaya semua spekulasi mengenai Kapten Zaharie dapat dikuburkan segera. Letaklah tempat kita di kasut kaum keluarga beliau, sakit dan luluh hati bila membaca pelbagai spekulasi tentang beliau diperkatakan. Jangan kita jatuhkan hukuman sedangkan mungkin hakikatnya beliau wira sebenar. 
  • Hakikatnya mengata mengeji menghina mempersenda mengumpat dan menabur fitnah itu sangat mudah dilakukan. Jiwa-jiwa yang menghadapi segala umpat keji fitnah itu yang tahu betapa berat untuk menanggung ujian ini.
  • Betulkan segala tanggapan negatif. Mari kita sama-sama mendoakan yang baik-baik.
  • Ya Allah ini bukan calang-calang dugaan. Jika ini sebahagian cara untuk Kau uji tahap keimaan kami, jangan Kau biarkan kami hanyut dalam kesedihan. Kau kuatkan hati, kukuhkan pendirian dan pertahankan iman kami dalam menghadapi ujianMu,

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...