Skip to main content

54 - WHATSAPP MISTERI

"
16:39, Mar 28 - Wan Rohany: Salam. Terima kasih
16:40, Mar 28 - Fendi: (muka terkejut)
16:42, Mar 28 - Harizah: Husben arwah ye..
16:44, Mar 28 - fendi: Fuhhh... B'peluh aku tadi..
16:45, Mar 28 - fendi : Al-fatehah...
16:46, Mar 28 - Harizah : Tula fendi..ko ni agak2 nk buat muka terkejut  alfatihah
16:47, Mar 28 - fendi : Aku lupa beb...
16:47, Mar 28 - ani : aku pon tekejut gak td. sib baik harizah cpt2 bg tau ia husben arwah.
al fatihah
16:49, Mar 28 - Harizah: Ani itu soalan tadi teka je husben dia.
16:52, Mar 28 - fendi: Ko teka je harizah? 😇
16:59, Mar 28 - Harizah: Hehe..
17:02, Mar 28 - fad : Fendi x agak2 ko ni..haha
17:07, Mar 28 - Diana :Ag: sape arwah ni
17:07, Mar 28 - Diana : oo..dah phm..
17:15, Mar 28 - fendi: Ala fad... Ko pun sure terkezut jugak kan?
17:15, Mar 28 - fendi: Xyah nak cover la....
17:16, Mar 28 - fad: Haha..nsb baik x smpt wat muka terkejut mcm ko..hehe  "
Ini perbualan di dalam whatsapp group batch kami.
Saya tidak memberi respons kerana saya membaca whatsapp ini agak lambat.
Cerita ini berkisar tentang kawan kami yang pernah saya ceritakan. Al - Fatihah.
Perasaan saya?
Saya mahu gelak.
Seperti kata encik suami kenapa suami arwah mendiamkan diri selepas itu.
Fikiran saya, mungkin telefon bimbit itu berada di dalam tangan orang lain. Mungkin dia tidak sedar dengan apa yang ditulis. 
Atau sampai hati dia membiarkan kami tertanya siapa dia yang menaip ucapan 'Salam, Terima kasih' itu. 
Ianya tinggal tanda tanya.

Untuk Wan Rohany Wan Mukhtar, semoga awak bahagia di sana.


Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...