Skip to main content

55 - TIP DI DAPUR 3

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum.

Ini tip yang saya dapat dari rancangan 'Makan' di Astro Maya. Lama tak tengok rancangan ni sebab tu lama tak update pasal tip di dapur.

Cara mengelak mata berair ketika menghiris bawang
Rendam bawang yang telah dikupas di dalam mangkuk yang berisi ais untuk beberapa minit.


Cara untuk senang kupas bawang putih
Kalau setakat 2 atau 3 biji senang je kita ketuk je garlic ni dengan pisau. Tapi kalau dalam kuantiti yang banyak, masukkan bawang putih ini di dalam mangkuk dan bakar dalam microwave dalam 20 saat. Hati-hati ye masa keluarkan bawang dari microwave.

Cara mudah untuk kupas halia
Dicadangkan untuk mengupas kulit halia menggunakan sudu instead of pisau. Kenapa? Sebab kalau kita kupas guna pisau, bilah pisau yang tajam boleh menyebabkan kita memotong halia bukan mengupas terutamanya  di bahagian ranting halia itu sendiri. Cadangan saya guna sudu yang nipis bukan tebal sebab nanti lenguh dan sakit tangan nak mengupas halia.

Cara menghilangkan bau dalam mesin pengisar (blender)
Kita menggunakan blender ni untuk pelbagai tujuan. Sometimes bila kita mengisar cili atau bahan tumis, ia akan meninggalkan kesan bau dalam blender dan memberi effect kepada bahan lain yang hendak dikisar selepas itu. Oleh itu, untuk hilangkan bau, kisar segenggam beras di dalam blender ini. Kisar tanpa air.

Cara mencuci microwave
Letakkan semangkuk air di dalam microwave untuk beberapa minit. Selepas itu, boleh lap microwave menggunakan kain bersih.


Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...