Skip to main content

56 - CARA MENYIMPAN WAYAR LAPTOP DENGAN KEMAS

Bismillahirahmanirrahim          
Assalamualaikum

  • Jujurnya, idea ini terinspirasi daripada blog Susun Atur Sioca. Terima kasih fizah berkongsi idea.
  • Lama nak apply idea ni tapi tak terlaksana. Dan baru hujung minggu lepas dapat selesaikan tatkala si kakak mengikut ayah ke kedai, si adik ralit tidur di dalam buaian. So ummi beri tumpuan seadanya untuk menjalankan operasi.
  • Peralatannya terdiri daripada :
  1. Kotak kasut
  2. Gunting
  3. Pensil 
  4. Kertas pembalut
  5. Gam
  6. Double sided tape
  7. Sellotape
  • Langkah yang diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Ada dua bahagian kotak. Saya balut penutup kotak.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  2. Untuk kotak satu lagi tu saya potong bahagian tepi. Ukuran main agak-agak je ikut kesesuaian kotak. Yang sisi satu lagi memang dah sedia ada lubang. Jadi mari kita manfaatkan.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  3. Selepas itu, balutkan kotak ini. Untuk tujuan menjadikan balutan cantik, saya tampal pelekat double sided. Guna gam pun boleh tapi pastikan penggunaan gam yang minima sebab dikhuatiri gam akan menyerap kertas pembalut dan memberi kesan tidak cantik. Ada bahagian saya guna pelekat ada bahagian saya guna gam sebab pelekat yang terhad.
  4. Hati-hati semasa membalut bahagian yang ada lubang dan yang dah digunting ini sebab ianya tak mudah bagi saya yang amatur ini. 
  5. Untuk sisi yang ada lubang, lukiskan bulatan pada kertas pembalut dan potong siap-siap supaya senang masa nak balut nanti.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  6. Saya balutkan dahulu kedua-dua sisi ini terlebih dahulu baru balut sisi yang lain sebab kedua-dua sisi ini agak leceh nak balut.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  7. Dan ini hasilnya. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  8. Kemudian, kita masukkan wayar laptop di dalamnya.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  9. Jom tengok tujuan bahagian sisi. Sisi ni saya letak extra pelekat supaya tahan lama sikit sebab geseran wayar dana kertas akan sebabkan kertas pembalut terkoyak.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  10. Selepas itu, kita letak atas meja.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/


  •  Sekian, itu sahaja.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...