Skip to main content

75 - INAS - PNEUMOKOKUS


Bismillahirahmanirrahim        
Assalamualaikum
  • Saya mahu share tentang PNEUMOKOKUS. Kenapa? Sebab ini punca kematian INAS SARAH AFFENDI. Sumber adalah daripada risalah yang dikeluarkan GlaxoSmithKline. Gigih ni taip semula.
    Sumber Google
  • APA ITU PNEUMOKOKUS?
Penyakit Pneumokokus berpunca daripada bacterium Streptococcus Pneumoniae. Terdapat hamper 90 jenis serotip pneumokokus dan kebanyakannya mengakibatkan penyakit yang ringan tetapi ada segelintir yang mampu menyebabkan jangkitan invasive.

  • STREPTOCOCCUS PNEUMONIAE BOLEH SEBABKAN :
1. PNEUMONIA (Radang paru-paru)
Simptom :
Sukar bernafas, batuk, sakit dada, demam dan seram sejuk.

Komplikasi :
Empyema (jangkitan ruang pleural)
Perikarditis (keradangan kantung yang mengelilingi jantung)
Atelectasis (Kuncup paru-paru separa atau sepenuhnya)
Pembentukan abses paru-paru

2. MENINGITIS (Radang selaput otak dan saraf tunjang)
Simptom :
Leher kejang, demam, sakit kepala, kurang makan, kekalutan dan letargi.

Komplikasi :
Serebral palsi, epilepsy, rosak otak, sakit buah pinggang, hilang pendengaran, amputasi anggota badan, kelewatan perkembangan dan kematian.

3.  OTITIS MEDIA (Jangkitan telinga tengah)
Simptom :
Sakit telinga, sukar tidur, demam dan kerengsaan

Komplikasi : Meningitis dan mastoiditis (jangkitan tulang mastoid yang terletak di belakang dan atas cuping telinga)

4. BAKTERAEMIA (Bakteria dalam aliran darah)
Simptom :
Demam, kerengsaan, bintik merah pada kulit, kekeliruan atau perubahan dalam status mental.

Komplikasi :
Akibat neurologi dan sepsis, keadaan yang mengancam nyawa.

  • SIAPA YANG BERISIKO?
Di bawah umur 2 tahun
Masalah perubatan yang kronik
Menghadiri pengasuhan berkumpulan (seperti taska)

  • BAGAIMANA ANAK SAYA BOLEH DIJANGKITI PENYAKIT PNEUMOKOKUS?
Bakteria yang merupakan punca penyakit pneumokokus lazimnya dijangkiti melalui hidung dan rongga kanak-kanak serta orang dewasa yang sihat dan mudah merebak melalui sentuhan atau batuk.

  • APAKAH RAWATAN DIPERLUKAN?
Jika dapat dikesan dari awal dan diberi rawatan yang sewajarnya, penyakit pneumokokus boleh dikawal. Oleh kerana terdapat peningkatan kesedaran tentang ketahanan bakteria terhadap antibiotik, kini para doktor lebih fokus dalam pencegahan penyakit ini.

  • BAGAIMANA BOLEH LINDUNGI ANAK DARI PENYAKIT PNEUMOKOKUS?
Cara terbaik adalah dengan mendapatkan pelalian.

WHO mengisytiharkan menyedari beban penyakit pneumokokal yang tinggi di kalangan kanak-kanak, WHO menyifatkan kemasukan vaksin ini ke dalam Program Pelalian Kebangsaan sebagai satu keutamaan.

  • APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN PNEUMOKOKUS?
Kesannya termasuklah sedikit kesakitan atau radang di tempat suntikan yang biasanya tidak berlanjutan lebih daripada satu atau dua hari. Anak akan berasa kurang sihat atau mengalami demam selepas vaksinasi. Jika berlanjutan, dapatkan nasihat doktor anda.

NOTA :
Apa yang saya highlight kuning itu yang telah berlaku pada Inas – anak syurga kami. Hari ini genap sebulan pemergian si comel ini.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...