Skip to main content

83 - INAS - BUKAN SEKADAR KEBETULAN

Bismillahirahmanirrahim              
Assalamualaikum

  • Di awal bulan April..
  1. Apabila melihat baki cuti 2013 yang masih belum digunakan dan cuti 2014 belum terusik, bersyukurnya saya apabila dianugerahkan anak-anak yang sihat. Anak yang sihat menandakan saya boleh bekerja dengan aman.
  2. Memandangkan cuti masih banyak, saya terfikir untuk bercuti pada bulan April. Awalnya memang ada cadangan untuk ke Langkawi atau Sabah membawa-bawa anak-anak berjalan sempena birthday celebration encik suami pada 12/4/2014 tapi saya tangguhkan dulu kerana mahu tunggu Inas berjalan atau cukup setahun pada 27 Mei 2014.
  3. Maka sebab itu saya bercadang untuk bercuti pada 14/4/2014 - Isnin memandangkan cuti ini tersepit di antara 15/4/2014 cuti Melaka Bandaraya Bersejarah. Saya ingin sangat bawa anak-anak naik tren di KL. Dah lama saya simpan impian ini, cuma belum terlaksana. Kononnya mahu realisasikan ia pada 14/4/2014 tersebut. Dan awal April saya telah siap memohon cuti pada tarikh tersebut.
  4. Malahan pada 5/4/2014-Sabtu saya siap menyusun semua botol simpanan EBM di dalam bekas penyimpanan di kabinet dapur. Saya bawa pulang pam menyusu untuk disimpan di rumah untuk kegunaan anak akan datang (jika diberi rezeki lagi).
  • Itu yang saya INGIN lakukan. TETAPI ALLAH ADA PERANCANGAN LAIN UNTUK SAYA.
  1. Benar anak-anak saya sihat sepanjang 2014. Tapi Allah tarik nikmat sihat Inas pada 6/4  - Ahad malam. Bukan sahaja nikmat sihat tapi seluruh nikmat menjadi seorang ibu kepada anak syurga ini.
  2. Benar saya boleh berimpian untuk menyambut hari lahir encik suami tapi 12/4/2014 bukanlah hari lahir yang sangat bermakna pada kami apabila jiwa kami diselubungi rasa sedih kehilangan seorang anak.
  3. Benar saya memang bercuti pada 14/4/2014 tapi cuti untuk mententeramkan diri untuk menerima ketetapan Illahi.
  4. Dan benar tindakan saya menyimpan peralatan susu Inas. Bukan sahaja saya kekeringan susu badan untuk Inas tapi Inas pergi tinggalkan kami 3 hari selepas itu.
  • Bulan April 2014 - bulan yang sangat menyayat hati. Sampai bila-bila tarikh keramat 8/4/2014 akan menjadi sejarah dalam hidup kami sekeluarga. Tarikh akhir Allah pinjamkan nafas Inas kepada kami. 45 minggu Inas lahir dari rahim ini. Tempoh yang sangat sekejap. Kalaulah saya diberi pilihan.. Pilihan Allah tetap yang terbaik.
  • Alfatihah untuk Inas Sarah Affendi.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...