Skip to main content

102 - SALAM EID MUBARAK

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum


  • Sudah hampir separuh Syawal telah berlalu.
  • Tetapi masih mahu ucapkan Salam Eid Mubarak.
  • Bagi kami Syawal kali ini amat biasa. Tiada yang istimewa. Ikutkan encik suami tak perlukan apa-apa persiapan. 
  • Memang tidak terasa kemeriahannya. Malahan kami bersiap ala kadar. Hanya beria untuk persiapan Imaan Maryam. 
  • Saya hanya beli sepasang baju kurung pada waktu last minute setelah dapat mengenalpati saiz baju si kakak. Susah sangat nak cari baju yang muat. Jika ada yang berkenan mesti tak muat.
  • Saya bukan brand oriented. Maka saya boleh terima apa-apa jenama sekalipun.
  • Tahun ini tahun pertama beraya di rumah sendiri. Jangkaan awal memang mahu sambut meriah, mahu adakan open house.
  • Manusia merancang. Tapi Allah tetap the best planner. Atas sebab itu, tiada open house yang diadakan. Hanya jemputan keluarga terdekat sahaja.
  • Malahan tidak banyak gambar raya tahun ini. Hanya pagi raya di Alor Gajah saja sempat bergambar. 
  • Itu pun si kakak kejap mahu kejap tidak mahu bergambar. Ketika kamera dihala, ditutup mukanya sesuka hati.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Dan sepanjang bercuti raya saya hanya menjadikan agenda melawat rumah baru si adik setiap hari sebagai satu keutamaan yang mesti dipenuhi.
  • Jauh di dalam hati rindu sentiasa bertamu di dalam hati.
  • Yakinlah Allah sediakan tempat terbaik untuk dia di sana. Sesuatu yang tak mampu dijangkau akal saya. Itu doa saya setiap hari. Supaya ia menjadi pengubat hati untuk menerima kenyataan perpisahan ini.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...