Skip to main content

107- INAS - RINDU

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum


SATU
  • Ada satu kali ketika sedang makan malam di rumah menunya ayam paprik. Entah macam mana ketika terpandangkan lobak merah fikiran saya menerawang teringat momen-momen saya menyediakan bubur lobak untuk Inas. Tiba-tiba airmata saya meluncur laju. Rindu datang dengan tiba-tiba. Rindu mengingatkan apabila balik taska, ketika saya sibuk siapkan menu makan malam, encik suami akan entertain anak-anak. Rindu mengingatkan bila kami pula makan malam, si Inas tidak duduk diam di dalam walker.
  • Dan malam itu, ketika saya menangis menyuapkan nasi ke mulut, Imaan yang berada di kerusi sebelah bangun beralih ke belakang kerusi dan peluk saya.
  • Itu pertama kali saya menangis di depan rezeki. Dek kerana rasa rindu yang amat sangat.
DUA
  • Ada satu pagi Jumaat. Bulan Ogos. Saya kira dalam pukul 3-4 pagi saya terjaga daripada tidur. Rasa rindu pada Inas bertandang dengan tiba-tiba. Memori saya kembali pada malam terakhir hayatnya. Hati saya diselubungi rasa pilu. Saya menangis teresak-esak. 
  • Pada waktu itu hati mula berkira-kira untuk menulis kepada pihak hospital. Menulis tentang apa yang telah berlaku.
  • Pernah seorang rakan mengesyorkan supaya saya menarik perhatian menteri tentang kepentingan suntikan Pneumokokol.
  • Hasrat itu masih belum saya realisasikan. 
  • Saya mahu menulis dengan akal fikiran yang lapang. 
  • InsyaAllah saya mahu panjangkan kepada pihak yang berkenaan.
  • Pagi itu selepas solat Subuh, saya bacakan Yaasin di bilik Inas. Ketika Imaan bangun dari tidur dia temankan saya di bilik ini. Ketika sedang membacakan Yaasin, Imaan pandang saya dan bertanya 'ummi nangis ke'. Saya diam. Saya tidak menangis ketika membaca Yaasin tapi itu naluri si kakak kesan air mata pukul 4 pagi.
TIGA 
  • Malam jumaat lepas pukul 1 lebih saya terjaga. Tiba-tiba saya terkenang si Anak Syurga. Pada waktu hayatnya, Inas akan tidur di sebelah kanan saya dan Imaan di sebelah kiri. Malam itu saya seperti tercari dia di kanan saya. Rindunya...

Pernah saya terfikir, kenapa Allah pilih anak saya. Saya tiada jawapan. Tapi kata teman Allah ambil dan ganti dengan sesuatu yang lebih baik.
Saya tak tahu apa.Selepas Inas pergi, Allah bagi rezeki kepada saya. Rezeki APC dan kenaikan pangkat. Tapi sebagai manusia biasa, sebagai ibu saya mahu Inas sebagai rezeki berpanjangan bukan APC atau kenaikan pangkat. Siapa saya untuk menentukan. Kun Fa Ya Kun. Saya tiada pilihan. Dan ini takdir saya.

Sesak dada seorang ibu yang kehilangan anak...
Rindu yang hanya akan bertaut di pintu Syurga. InsyaAllah.

08092014 - Genap lima bulan pemergian Anak Syurga. Alfatihah. Doa ummi untuk bertemu semula adik di Syurga. Permudahkanlah Ya Allah.

Comments

  1. salam singgah...
    sedihnye ..begenang air mata membacanye.....terasa2 disudut hati sy kerinduan itu...Allahuakhbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Rindu yang terlafaz tidak sama seperti yang terbeban di dalam dada.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...