Skip to main content

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                     
Assalamualaikum


  • Ini siri kedua selepas yang ini. Siap bersiri bagai..
  • Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami.
  • Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU.
  • Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri).
  • Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Bahagian parkir kereta
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Sisi rumah 1
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Sisi rumah 2
  • Gambar sisi tu sama je. 
  • Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Mulanya lebihan tiles ni nak pasang pada batu di tepi luar pagar (er tak tahu apa istilah sesuai) tapi sebab terlalu rapat dengan pintu itu yang x jadi.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Batu di sebalik pagar
  • Ini sebahagian gambar selepas proses pencucian lantai. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    Close up rupa sebenar tile
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Selepas
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Sebelum
  • Dan kerja-kerja menyusun semula pokok bunga ayah Affendi Jr update lain kali.
  • Secara keseluruhannya,kos memasang tiles bagi keluasan 22x40 kaki ialah RM5,670. Within budget. Alhamdulillah.
  • Satu projek dah selesai. Ada lagi satu menanti. Projek tertunda. Masih nego harga lagi.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...