Skip to main content

118 - TAMAN MINI FASA 3

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum

  • Sebelum ini saya pernah nyatakan mahu pasang rumput dalam entri INI.
  • Dan Alhamdulillah ia telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih Allah atas rezekiMu.
  • Dalam 2 3 minggu lepas kot projek ini dilaksanakan. Belum sempurna sepenuhnya.
  • Ini rupa laman tepi pada awalnya. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Ini proses kerja yang dilakukan. Mengambil masa dua hari sebab rumput yang ditempah lewat dihantar. Kami difahamkan rumput mutiara tersebut dari Dengkil. Hari pertama memang proses mencangkul dan meratakan pasir.
  • Pertama : Mencangkul semula semua rumput lama dari belakang sampai ke depan.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com

    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Kedua : Menabur dan meratakan pasir ke atas kawasan rumput yang dicangkul tadi.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Ketiga :Menanam pokok bunga hiasan. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Kami diberi tiga jenis pokok bunga hiasan. Saya memang tak ambil tahu nama pokok bunga ini.  Satu jenis di tanah di lereng laman ni tapi tanam sebelah sahaja sebab sebelah lagi laluan untuk naik ke atas. Laman kami bertingkat sebenarnya. Ini rupa pokok pertama yang ditanam seperti gambar di atas.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Satu lagi pokok hiasan yang diberi.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Keempat : Proses menanam rumput pun bermula pada hari kedua.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Hasrat di hati memang kami mahukan rumput mutiara. Tapi sayang lori rumput datang dekat pukul 12 malam. Bila Encik Suami kejutkan saya mereka salah hantar rumput, saya tak terkata bila tahu rumput yang dibawa ialah rumput karpet. Tapi sebab kasihan datang dari jauh, saya terima jugalah rumput ni. Kali ini saya cuba berlapang dada mungkin ini yang terbaik untuk saya.
  • Ini pula gambar selepas siap ditanam petang yang sama.     
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Selepas seminggu..
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com
  • Dua minggu selepas tanam, wakil nursery datang tabur baja pada rumput ni. Setakat ini dulu, nanti update cerita selanjutnya. 
  • Oh ya, berhampiran pokok keladi besar di penjuru gambar di atas itu ialah pokok bunga ketiga yang diberi pihak nursery.

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...