Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

122 - MENCARI HIKMAH DALAM MUSIBAH PADA PENUTUP TAHUN 2014

Bismillahirahmanirrahim Kalau nak recap peristiwa 2014, umum akan tahu 2014 tahun kesedihan bagi saya. Pemergian Inas Sarah Affendi Binti Mohd Azrul Affendi pada 8 April 2014 meninggalkan kesan besar dalam hidup saya sehingga kini.   Banyak yang peristiwa yang berlaku tahun ini tidak mampu menandingi dan tidak dapat mengatasi rasa pilu kehilangan Anak Syurga ini. Tahun ini Allah beri banyak rezeki pada saya. Tapi entah bukan tidak mensyukuri tapi tetap mahu Inas Sarah dari segala-galanya yang diterima tahun ini. Awal tahun rasa terik matahari sehingga lintasan hujan walau seketika terasa nikmat sangat hebat untuk disyukuri semua.  Flora menjadi kering di sana sini. Kemarau menyebabkan tumbuhan hijau menjadi kering kecoklatan. Air mula dicatu. Terasa beban kepada ramai orang. Hari-hari kita berdoa diturunkan hujan supaya bumi tidak lagi gersang. Penghujung tahun hujan turun tidak henti-henti. Negara ditimpa musibah dengan bencana banjir di pantai timur Semenanjung Malaysia. Ya

121 - ADA SATU MALAM

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Ini cerita antara seorang ibu dan anak. Baru-baru ini.. Imaan : Mana adik? Ummi : Adik pergi mana? Adik kat mana? Imaan : Kat kubur kan. Ummi  : Allah sayang adik kan. Imaan : Nanti kita masuk kubur. Ummi ayah imaan masuk kubur. Ummi : Kena jadi orang baik nak masuk kubur nak jumpa Allah. Imaan : Nanti kita doa kat kubur. Ummi : Kesian adik sakit hari tu kan. Ummi sedih. Imaan : Imaan pun sedih. Ummi : Ummi tak nampak pun Imaan nangis. Imaan : Ada.. Imaan sedih orang ikat adik. Angkat adik pergi kubur. Saya diam. Berombak dada.. Nota : Imaan cium adik yang terbujur kaku pada 08042014. Imaan tengok makcik saya ikatkan semula kain kafan Inas.

120 - BIMBANG

Bismillahirahmanirrahim                    Assalamualaikum   Saya orang yang mudah fikir macam-macam dan bimbang macam-macam. Dulu semasa di sekolah asrama, bila saya tahu ayah akan pulang ke Kedah saya mula fikir bukan-bukan. Beria beratur tunggu giliran di pondok telefon untuk dengar suara ayah. Itu antara contoh. Saya kira kebimbangan paling teruk saya semasa di awal kematian Anak Syurga saya. Pernah ketika hujan waktu malam saya risaukan Inas Sarah kesejukan di rumah baru seorang diri. Sampai pernah terlintas di hati mahu gali kuburnya. Naluri ibu. Ya nipis sangat iman saya. Dan sehingga kini setiap kali semengenangkannya si comel ini airmata laju menitis keluar. Hari ini hari jumaat, berkat jumaat doa lebih mustajab untuk diangkat. Semoga Allah mendampingi saya dalam keadaan sukar atau tidak. Semoga diberi kekuatan jiwa dan kelapangan hati menelusuri ragam kehidupan. Semoga ada semangat yang masih bersarang dalam hati. Dua hari lepas, sekali lalu sebelum ke pejabat saya sem

119 - INAS - SUDAH LAPAN BULAN

Bismillahirahmanirrahim                    Assalamualaikum   Baru-baru ini ketika makan malam dengan Encik Suami, beliau mengungkit tentang cerita Inas. Sekiranya panjang hayat anak Syurga kami, Inas dah berlari ketika ini dan mungkin berebut-rebut mainan dengan Imaan. Yang penting Inas mungkin dah pandai panggil Ummi dan Ayah. Saya diam malam itu. Entah. Biasanya saya boleh terima kalau cerita tentang Inas dijadikan topik utama. Sebab saya rasa masa dan berkat doa membuatkan saya makin berlapang hati dengan takdir ini. Selepas Subuh saya terlelap semula. Saya bermimpi memandu kereta dalam hujan. Saya tiba di hospital. Rupanya untuk follow up checkup anak yang memang sudah berada di hospital. Inas di dalam stroller asyik menghisap susu botol. Saya angkat dia dalam keadaan dia sedang tidur. Saya berkira-kira bagaimana mahu ke kereta untuk menelefon si ayah bagi menemani saya di hospital. Ketika saya mahu menatap muka Inas, ketika itu jugalah saya tersedar.  Dalam mimpi in