Skip to main content

120 - BIMBANG

Bismillahirahmanirrahim                   
Assalamualaikum
 

  • Saya orang yang mudah fikir macam-macam dan bimbang macam-macam.
  • Dulu semasa di sekolah asrama, bila saya tahu ayah akan pulang ke Kedah saya mula fikir bukan-bukan. Beria beratur tunggu giliran di pondok telefon untuk dengar suara ayah. Itu antara contoh.
  • Saya kira kebimbangan paling teruk saya semasa di awal kematian Anak Syurga saya. Pernah ketika hujan waktu malam saya risaukan Inas Sarah kesejukan di rumah baru seorang diri. Sampai pernah terlintas di hati mahu gali kuburnya. Naluri ibu. Ya nipis sangat iman saya. Dan sehingga kini setiap kali semengenangkannya si comel ini airmata laju menitis keluar.
  • Hari ini hari jumaat, berkat jumaat doa lebih mustajab untuk diangkat. Semoga Allah mendampingi saya dalam keadaan sukar atau tidak. Semoga diberi kekuatan jiwa dan kelapangan hati menelusuri ragam kehidupan. Semoga ada semangat yang masih bersarang dalam hati.
  • Dua hari lepas, sekali lalu sebelum ke pejabat saya sempat mendengar kata-kata seorang ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz. Berdasarkan pemahaman saya kata ustaz, kita ni selalu lupa untuk bimbang hubungan kita dengan Allah. Cukupkah pahala yang nak dibawa ke dalam sana. Alam barzakh bagi yang tidak cukup amal akan menjadi alam yang sangat panjang sebelum tiba hari kebangkitan.
  • Pernah saya terdengar/terbaca, pada hari kebangkitan nanti pada waktu semua umat manusia dari zaman Adam dihisab semua manusia mula mengira untung nasib masing-masing sehinggakan pada waktu semua manusia akan berasa sangat tidak tahan menunggu giliran untuk dihisab kerana disebabkan sedikit/sifar amalan baik yang dibawa ke sana.
  • Saya, keluarga saya, suami tercinta, anak saya dan kamu hanya memikirkan diri sendiri. Takut memikirkannya. Tapi mudahnya kita lupa tentang hari kebangkitan ini. Saat ini saya terfikir, alangkah bahagianya Inas Sarah menunggu di Syurga.
  • Hari ini hari jumaat, lafaz yang dikata akan diamin. Semoga kita meletak Allah di tempat paling hadapan dalam setiap urusan. 
  • Amanat yang telah diterima menyatakan jangan bangga dengan jawatan yang ada. Ini semua kerja Allah rezeki Allah. 
  • Pesanan untuk diri. Sabarlah.. Hidup ini seperti roda. Bila-bila masa kita boleh berada di bawah. Jangan khianati orang. Jangan perasan diri kita bagus. Jangan diharap pada pandangan manusia. Hati manusia kita tidak boleh pegang. Ia boleh berubah bila-bila masa. Pegang pada janji Allah, amal yang baik akan dibalas baik. Biar Raqib yang menulis banyak bukan Atid.
  • Pesan kawan saya semalam jauh dari cas negatif. Ya tepat sekali. Saya tidak mahu berjangkit dengan cas tersebut. Hindar sejauh boleh. Ini pengajaran dan pelajaran hidup. Mudahnya manusia tertipu dengan kemanisan kata. Di sebalik lidah, ada racun yang boleh membunuh jiwa. Mudahnya manusia tertipu dengan penampilan diri. Di sebaliknya ada iri yang tersembunyi. Rasa seperti sudah berpatah arang. Saya sudah tidak ambil peduli. Biarlah. Yang terkena, kenalah. Wallahualam.
  • Saya cuba bersangka baik. Tapi saya manusia yang ada hati. Kembali kepada Allah mencari ketenangan hati. Bina hubungan dengan Allah. Semoga Allah bawa hati saya ke landasan yang benar. Amin..

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...