Skip to main content

123 - TAMAN MINI FASA 4

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum

  • Baru sekarang berkesempatan menulis tentang perkara yang saya suka.Hari ini 01.01.2015. Mahu menikmati cuti dengan tenang. 2014 banyak sangat aktiviti rasmi sampai nak bercuti pun sangat susah.
  • Alhamdulillah cuaca baik sahaja.Tak hujan tak panas. Pukul 12 tengahari tadi pun Imaan masih bermain di luar bersama-sama anak-anak jiran. Lorong rumah kami majoriti keluarga ada anak masih di sekolah rendah dan majoritinya pula adalah lelaki. Jadi depan rumah saya memang meriah dengan suara mereka.
  • 2015 – Tiada spesifik azam. Cukup untuk berdoa supaya kami sekeluarga  menjadi hamba Allah yang baik, diberi kekuatan rohani dan jasmani serta diberi keberkatan rezeki. Ameen..
  • Eh, sebenarnya nak update tentang rumput baru di laman kecil kami. Dah dua (2) bulan selepas aktiviti menanam rumput dilakukan. Pernah diceritakan di sini.
  • Alhamdulillah rumput karpet dah membiak dengan baik. Sekali je baja ditabur itu pun lebih sebulan yang lepas. Mata dah tak sakit lagi tengok rumput/lalang liar yang menghuni laman tepi sebelum ni.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Dulu
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Sekarang
  • Saya tidak terlibat secara langsung dalam menyelenggara semua tanam-tanaman di rumah kami ini. Semua Encik Suami yang selenggara. Dan tup-tup ada je pokok bunga baru yang dibawa balik. Dan satu dua je kot yang saya tahu tentang nama pokok bunga ni.
  • Ini sebahagian pokok bunga yang ada di rumah kami setakat 01.01.2015.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Ini pokok keladi yang Encik Suami ambil di rumah adiknya. Besar dan salah tanam. Kesian keladi ni terperosok di sudut sana.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Di tepi keladi pokok berbunga ungu yang diberi pihak Nursery pakej dengan rumput. Di sebelahnya bunga yang sama tapi berbeza warna pink cair yang diberi kawan saya baru nak ditanam semula di atas tanah. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Di tengah ni bunganya berwarna kuning. Tapi belum membiak sepenuhnya. Ruang yang ada Encik Suami tanam pokok ros jepun. Kata anak buah saya tak cantik sebab bercampur aduk. Haha. Takpe nanti kita alih dan cucuk pagar kecil coklat di keliling pokok kuning ni. (So ada la modal untuk bercerita lagi lain kali heh).
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Ni pokok yang kawan saya yang lain bagi. (Bertuah sangat ada kawan-kawan yang minat dengan pokok bunga. Nikmatnya ada kawan yang baik.) Asal pokok ni dulu bagi kecil je. Lepas tu Encik Suami tanam dalam pasu ni. Rasa macam tak sesuai je. Bila pokok ni makin membesar baru sedar pilihan pasu yang tepat (^_^)
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Empat pokok dalam pasu di tengah ni pun,cadangnya nak tanam atas tanah. Awal dulu pokok ni kecil ni dah tak sesuai sangat nak dok dalam pasu kecil tu. Di tepi rumah kampung sebelum  taman perumahan saya, ada pokok yang sama sangat besar. Itu sebab saya minta Encik Suami alihkan je ke atas tanah.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Ni pula sebahagian ros jepun yang ditanam di dalam pasu. Ada yang dibeli di tapak semaian, ada diberi kawan dan ada dibeli secara atas talian.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/


    Pokok yang  tergantung dan mini kaktus, pokok terbaru yang dibeli dua hari lepas. Sila abaikan kondisi kerusi yang pudar warnanya. Lain kali je kita cat semula. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/

    Hasrat Encik Suami mahu dipasang mini kolam di sudut rumah. Tapi saya menolak tak mahu nanti kalau jadi tempat Aedes membiak. Lagipun, saya tak mahu rumah berkecah air. Buat masa ni memang taknak. Tak tahu la akan datang berubah kehendak. Heh.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...