Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Assalamualaikum
- Pepatah Arab ada mengatakan “Satu perkataan, apabila ia terbit dari hati maka akan jatuh ke hati, manakala jika ia terbit dari lidah ia tidak akan mampu menjangkau kecuali dua cuping telinga”.
- Pernah ada orang mempertikaikan rezeki orang lain. Enak menabur kata. Dan rezeki yang sangat diharap masih belum tiba biarpun ramai tahu dia telah banyak berusaha.
- Pernah ada orang mengungkit seolah-olah dia seorang yang paling penting. Jauh-jauh khabar didengar dia mahu bercuti lama biar orang tahu tanpanya itu ini tidak sempurna. Dan benar dia berehat lama kerana masalah keluarga.
- Pernah ada orang menabur nista. Habis diheboh dicanang kedangkalan orang. Dan tidak lama selepas itu dia ditimpa musibah.
- Pernah dulu saya selalu mengeluh kenapa encik suami suka sangat menapau di satu kedai. Dan sekarang bila malas memasak, kedai itu yang saya tuju.
- Maka jangan berlebih-lebih ketika berkata.
- Jaga lidah kerana di dalam Mahkamah Allah nanti lidah itu bukan lagi saksi kepada amalan baik buruk kita di dunia.
- Firman Allah (Qaf:18): “Tidak ada satu perkataan yang dilafazkan melainkan akan dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid”.
Comments
Post a Comment