Skip to main content

127 - DARI DENAI KAMPUNG KE PENTAS DAKWAH..

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

  • Ini buku terakhir yang saya baca pada penghujung 2014.
  • Yang meminati Ustaz Kazim Elias, tak rugi beli. Ia merupakan autobiografi bergambar tentang beliau. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Serba sedikit tentang latar belakang UKE dari kecil sehingga dewasa. Dari seorang bayi 8 bulan yang kematian ayahnya sehingga seorang bapa kepada 5 cahayamata.
  • Antara isi kandungan yang terdapat dalam buku  setebal 241 mukasurat.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Juga gambar-gambar lama keluarga beliau termasuk masa kini.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Sesiapa yang mengikuti ceramah beliau, akan mendapati serba sedikit cerita di dalam buku ini terkandung dalam ceramah-ceramah beliau.
  • Membaca buku ini membawa kita kembali ke zaman dulu-dulu. Tersentuh rasa hati dengan suka duka yang ditempuhi. Tertawa sendirian dengan pelbagai kisah yang dinukilkan.
  • Isi buku ini sangat santai. Sehinga mak dan ayah saya juga teruja membaca buku ini ketika saya tunjukkan gambar keluarga UKE.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Saya peminat UKE. Ceramahnya bersahaja begitu juga cara persembahan di dalam buku. Sehari sudah cukup untuk khatamkan buku ini.
  • Jualan buku ini digunakan untuk pembangunan surau dan asrama perempuan Maahad Tahfiz Lilbanat.
  • Bertuah menjadi seorang UKE. Saya percaya telah banyak usaha beliau untuk mengumpul dana saham Akhirat.
  • Semoga jejak langkahnya diikuti ramai orang termasuk saya. Ameen..

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...