Skip to main content

132 - BERSANGKA BAIK

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

  • Islam menyeru seseorang Muslim bersangka baik dengan Allah.
  • Besar mana ujian yang diberi kita kena bersangka baik.
  • Dengan bersangka baik kita lebih tenang untuk menerima ujian yang diberi.
  • Hakikatnya sangat mudah untuk menaip perkataan B.E.R.S.A.N.G.K.A.B.A.I.K.
  • Tapi sangat susah untuk istiqamah dengan perasaan itu.
  • Pada saya bersangka baik itu bukan hanya lafaz di bibir. Tapi pengertian sepenuh hati. Memahami menyelami dan mengikhlaskan hati akan perasaan itu.
  • Kita meminta orang bersangka baik tapi kadang kita lupa bahawa apa yang sedang kita hadapi itu juga ujian untuk kita bersangka baik dengan Allah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
  • Ingatkah kita tentang kisah Nabi Ibrahim yang lewat mendapat zuriat sendiri.
  • Nabi Ismail adalah anak Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar.
  • Ingatkah kita bagaimana Nabi Ibrahim diminta untuk menyembelih anakandanya Nabi Ismail?
  • Sifat kenabian yang ada menyebabkan si bapa mengikhlaskan hati menjalankan arahan Allah.
  • Keyakinan pada Allah menyebabkan si anak bersangka baik dan mengikhlaskan hati menghulur leher kepada si bapa.
----------------------------------------------------------------------------
  • Allah menguji kita.
  • Dengan bersangka baik, insyaAllah pengakhirannya juga baik.
  • Itu antara yang terjadi lewat dalam sejarah.
  • Sangka baik Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menyebabkan korban Nabi Ismail pada waktu itu digantikan dengan kibas.
  • Allah mahu menguji tahap keimanan kita. Sejauh mana sabar kita menangani sangka baik pada DIA.
  • Ia tak mudah tapi mengikhlaskan rasa sangka baik pada Allah akan membuah ketenangan dalam diri.
----------------------------------------------------------------------------
  • Jauh dalam sudut hati saya telah menerima ketiadaan Inas Sarah dalam rumah kecil kami.
  • Jangan ditanya berapa banyak rindu terpendam dalam hati. Uncountable.
  • Mengundang rasa syahdu yang amat berat.
  • Apalah sangat diuji hilang anak kalau nikmat tersembunyi itu jauh lagi hebat.
  • Mengurangkan rasa sebak dalam hati, saya hanya mahu bersangka baik dengan Allah.
  • Itu yang DIA mahu. DIA lebih tahu.
  • Doakan senjata orang mukmin.
  • Berserahlah sepenuh jiwa raga.
  • Ada sinar di hujung jalan sana.
----------------------------------------------------------------------------

08.04.2014 - 08.02.2015
Telah 10 bulan berlalu.
Sayang Inas Sarah Affendi.
Seperti kata Imaan Maryam Affendi
'Geramnya Imaan tengok adik Inas ni, tapi adik dah takde..'

Alfatihah..

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...