Skip to main content

134 - PADANG BULAN DAN CINTA DI DALAM GELAS

Bismillahirahmanirrahim       
Assalamualaikum
  • Kalau kamu mencari satu buku yang berkualiti dan berbaloi untuk dibeli, pilihlah karya-karya Andrea Hirata. Ianya tidak pernah mengecewakan.
  • Kamu akan dikembalikan kepada nostalgia asal usulmu. Tentang kampung yang jauh daripada pembangunan, tentang rasa susah yang akhirnya menguatkan jiwa, tentang masyarakat dan rakyat, tentang jati diri seorang melayu dan tentang semangat setia dalam berkawan.
  • Andrea Hirata dia punya kelas tersendiri. Dia penulis pujaan hati.
  • Padang Bulan dan Cinta Di Dalam Gelas adalah dwilogi buku yang baru saya khatamkan. Buku adik saya. Dan pastinya saya akan beli untuk koleksi peribadi.
  • Kalau yang pernah membaca tetralogi buku Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov akan memudahkan kita memahami watak dalam buku dwilogi ini.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    1 buku dua cerita
SATU
  • Padang Bulan, dwilogi pertama tentang pengorbanan Enong, anak kecil pedalaman yang sangat mencintai bahasa inggeris. Tapi atas desakan hidup selepas pemergian mengejut ayahnya yang ditimbus ketika bekerja di lombong timah menyebabkan dia si anak sulung memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi mencari rezeki.
  • Perjalanan hidup Enong sangat mencabar bagi seorang anak gadis kecil. Dia korbankan segalanya kerana cinta pada keluarga.
  • Watak utama tentu sekali Ikal. Kadang-kadang saya meyakini Ikal adalah diri Andrea Hirata dek banyak persamaan di antara watak dalam buku dengan latar belakang encik penulis.
  • Padang Bulan mengisahkan tentang kecekalan Enong menongkah kehidupan.  Tentang Ikal seorang sarjana lulusan Eropah yang masih terperangkap di Pulau Belitong, tempat asal usulnya. Lelaki yang punya banyak 'penyakit gila' kerana setia pada cinta gadis Tionghua. (Pelbagai jenis penyakit gila akan kamu temui dalam buku-buku Andrea)
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Detektif M.Nur kawan Ikal sejak kecil yang sangat taksub pada penyiasatan dan kasih yang melangit pada Jose Rizal burung yang dilatih seperti posmen - lagak seperti cerita burung hud hud pada zaman Nabi Sulaiman.
  • Semangat setiakawan sesama masyarakat dalam kampung di mana mereka saling membantu ketika Enong yang telah dewasa nekad mengikuti kursus bahasa inggeris bagi remaja sehingga graduate dengan cemerlang.
  • Semangat mahu belajar Enong membuat saya termenung seketika. 
  • Buku ini penuh dengan humor yang menyebabkan pembacanya ketawa tanpa sedar.
  • Endingnya sangat menyenangkan walaupun timbul emosi geram seperti ibu Ikal apakah ijazah yang diperolehi itu palsu kerana Ikal memenangkan emosi daripada akal fikiran.
  • Cerita tentang perjalanan pendidikan tinggi Ikal boleh diperolehi daripada buku Sang Pemimpi.
DUA
  • Cinta Di Dalam Gelas pula mengisahkan tentang Ikal dan Detektif M.Nur membantu Maryamah (aka Enong) menentang bekas suami Maryamah yang telah memporakperandakan hidup Maryamah.
  • Tajuk tentangan berkisar tentang bagaimana Ikal dan Detektif M.Nur bersusah payah memahami diagram catur bagi mendapatkan tunjuk ajar kawan lama Ikal, pemain catur dunia melalui kemudahan teknologi bernama internet.
  • Pertandingan catur adalah kejohanan tahunan di penempatan mereka yang akan diadakan saban tahun sempena kemerdekaan Indonesia.
  • Pelbagai strategi diatur bagi memastikan seorang perempuan kampung yang tidak pernah memegang catur bertanding pada peringkat akhir bagi menentang mantan suaminya.
  • Ia strategi yang bersih berbanding pengkhianatan pihak satu lagi.
  • Dari sisi lain buku ini juga menceritakan tentang paman Ikal yang sangat sarkastik, pemarah dan dalam masa yang sama sangat lembut jiwanya terdapat kaum keluarganya. 
  • Kesudahan cerita Maryamah, seorang perempuan yang ada-ada sahaja tetapi dengan jiwa yang besar, semangat yang tinggi menjatuhkan ego ramai lelaki yang memandangkan rendah padanya selama ini.
CADANGAN SAYA :
  • Belilah buku-buku Andrea Hirata.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Ia buku yang cukup rencah. Enak dihadam. Kenyang membeli.
  • Ia mengingatkan kita untuk pulang mengenang asal usul sendiri biar jauh kita telah terbang tinggi.
  • Bukunya ada kelas tersendiri, mudah difahami dengan gaya penulisan yang sangat bersahaja tapi kita akan rasa si penulis seorang yang punya intelektualiti yang tinggi.
  • Saya kira kita patut berhenti membaca sesuatu yang menjatuhkan harga diri seorang wanita. Buku-buku yang sangat klise yang melambak di pasaran masa kini.
  • Itu pendapat saya. Pilihan di tangan peminat dan pembeli buku.
  • Saya bagi lima (5) bintang untuk buku ini.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...